PAYANG | PAYANG, sejenis perahu layar yang digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan di laut dalam. Payang biasanya berukuran antara 10 m hingga 13 m panjang dan 1.8 m lebar di bahagian perut. Payang yang lebih besar mempunyai ukuran sehingga 13.7 m panjang dan 4 m lebar di bahagian tengah perut. Payang boleh nemuatkan antara 20 hingga 25 orang awak-awak. | BUDAYA | Kenderaan/Pengangkutan |
BANGAU | BANGAU, ukiran pada bahagian haluan perahu nelayan. Ukiran ini dikenal dengan nama bangau perahu kerana bentuk ciptaan asalnya menyerupai kepala seekor burung bangau. Bangau perahu hanya terdapat pada perahu kecil nelayan yang menggunakan dayung dan layar. Antara perahu nelayan yang memiliki bangau termasuklah kolek, bedar, sekoci, kolek kue dan payang. | BUDAYA | Konsep |
WAU | WAU, alat permainan yang boleh diterbangkan ke udara dengan menggunakan tali. Wau diperbuat daripada kertas atau gentian kain dan buluh. Bentuknya adalah berkepala, bersayap, berekor dan bertali teraju. Wau terdapat dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya termasuklah wau bulan, wau kekek, wau tukong, wau daun, wau kucing, wau merak, wau payang dan wau sewah. Wau bulan merupakan wau yang paling terkenal dan disukai ramai. Di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor, ia lebih dikenali dengan nama layang-layang. Wau yang dimainkan di setiap negeri adalah berbeza, seperti wau helang di Perlis, wau kapal di Selangor, wau pungguk di Terengganu, wau kekek di Johor dan Sabah, wau bawal di Melaka, wau daun atau wau barat di Kelantan, wau bugis di Johor dan wau merak di Negeri Sembilan. | BUDAYA | Permainan/Sukan/Rekreasi |