Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kain bulat yg diberi bertali pd tepinya dan diguna­kan utk terjun dr kapal terbang (tempat tinggi dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kain bulat dll yg diberi bertali tepinya dan digunakan utk terjun turun dr kapal terbang dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
payung (kata nama)
Kata Terbitan : memayungi,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASKAR PAYUNG TERJUN

Askar payung terjun merupakan askar yang

dilatih bagi melakukan serangan dari udara.

Mereka mungkin melakukan penerjunan ke darat

dengan menggunakan payung terjun, atau

diangkut ke kawasan pertempuran dengan kapal

terbang. Dalam pertempuran, askar payung terjun

akan mendarat di belakang barisan musuh,

meletupkan jambatan, memusnahkan komunikasi

dan menyekat bekalan dan pasukan bantuan.

Mereka selalunya muncul dengan tiba-tiba

sehingga mengejutkan musuh dan terlibat dalam

pertempuran ganas secara berhadapan. Askar

payung terjun membawa pek peralatan yang

berat, termasuk rifel automatik, mesingan,

grenad, peti perubatan dan peralatan radio.

UMUM 
PAYUNG TERJUN UMUM 
TERJUN UDARA

Terjun udara ialah sukan bagi seorang atau

lebih yang terjun dari kapal terbang dan jatuh

secara bebas sebelum payung terjun kembang.

Penerjun udara biasanya terjun pada altitud

sehingga 4600 meter dan jatuh pada kelajuan lebih

daripada 160 kilometer sejam. Mereka

mengembangkan payung terjun pada altitud 600

meter hingga 900 meter dan kemudian meluncur

ke bumi pada kelajuan kira-kira 16 kilometer sejam.

Dalam terjun udara tepat, penerjun cuba terjun

menepati sasaran kira-kira 5 sentimeter diameter.

Dalam terjun udara berpasukan, satu pasukan

penerjun udara terjun bebas bersama-sama

membuat formasi berbentuk geometri.

UMUM 
SERAT

Serat , juga dikenali sebagai serabut atau gentian,

ialah lembar bak rambut bagi sesuatu bahan yang

benar-benar panjang berbanding dengan lebarnya.

Serat sekurang-kurangnya 100 kali lebih panjang

daripada lebarnya. Serat adalah fleksibel dan boleh

dipintal menjadi yan dan dibuat kain. Serat ialah

unit nampak yang paling kecil daripada sebarang

keluaran tekstil. Pembuat menggunakan serat

dalam pakaian atau dalam perhiasan rumah seperti

permaidani, langsir, dan upholsteri. Mereka juga

menggunakan serat dalam banyak keluaran

industri, termasuk payung terjun (paracut), hos

bomba, bahan penebat, dan pakaian angkasa.

Dalam perubatan, serat digunakan untuk membuat

arteri dan tendon artifisial.

UMUM 

Kembali ke atas