PEAR BERDURI | | UMUM | |
PEAR | | UMUM | |
KECAPI | Kecapi ialah alat muzik bertali purba. Badannya berbentuk buah pear, lehernya mempunyai papan jari yang berfret, dan kotak pasak yang terlekat pada lehernya pada sudut tajam. | UMUM | |
PUNDI HEMPEDU | Pundi hempedu ialah kantung kecil yang menyimpan hempedu. Sebilangan besar haiwan yang mempunyai tulang belakang, mempunyai pundi hempedu. Pundi hempedu bagi manusia ialah kantung berbentuk buah pear yang terletak di sebelah bawah bahagian kanan hati. Pundi hempedu boleh menampung kira-kira 45 milimeter hempedu pada suatu ketika . Pangkal pundi hempedu disambungkan melalui sebuah tiub yang dinamakan duktus sistik , yang memasuki duktus hepatik dari hati. Kedua-dua tiub ini membentuk duktus hempedu . | UMUM | |
SITAR | Sitar ialah alat muzik bertali yang berasal dari India atau Parsi. Alat ini digunakan dalam muzik klasik di utara India, Pakistan dan Bangladesh. Sitar mempunyai leher yang panjang dan lebar yang dibuat daripada kayu dan badan berbentuk buah pear yang dibuat daripada buah labu yang besar. Terdapat 7 utas tali utama yang dipetik oleh ahli muzik dengan menggunakan pemetik wayar yang dipakai di jari telunjuk kanan. Sitar juga mempunyai 12 atau lebih tali penurut. Tali ini bergetar apabila tali utama dimainkan. Jaluran logam yang boleh laras yang dikenal sebagai fret dipasang pada leher sitar. Jaluran logam ini berfungsi sebagai panduan penjarian bagi tangan kiri. | UMUM | |
KUPU-KUPU CODLING | Kupu-kupu codling ialah kupu-kupu kecil berwarna perang dan gangsa. Beluncas kupu-kupu ini menyebabkan kerosakan teruk pada epal. Ia juga memusnahkan buah seperti pear, kuins dan walnut. Kupu-kupu codling yang berasal dari Eropah, kini hidup di semua bahagian di dunia. | UMUM | |