Richardson, Sir Raplh (1902–1983), terkenal di arena antarabangsa dengan persembahannya dalam beberapa peranan filem dan pentas. Dia menerima sanjungan di bidang pementasan bagi peranannya dalam Peer Gynt karya Ibsen, Cyrano de Bergerac oleh Rostand , dan Uncle Vanya karya Chekov, bagi peranannya sebagai Bluntschli dalam Arms and the man oleh Bernand, dan banyak lagi watak Shakespeare. Filem-filemnya ialah Anna Kerenina, The Fallen Idol, The Heiress, dan Lady Caroline Lamb . |