Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.gun] | ڤݢون

Definisi : tidak bergerak, kaku: gambar ~; memegunkan 1. menyebabkan pegun (tidak bergerak); 2. ki menyebabkan seseorang terpegun (kerana terpikat, kagum dsb): ada yg benar-benar dapat ~ tetamu dgn suaranya; kelunakan suara bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya ~ para pendengar; terpegun kaku dan tidak dapat berkata-kata (kerana terperanjat dll): dia ~ berdiri di pintu dgn mulutnya ternganga; keterpegunan keadaan terpegun: ~ seorang insan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.gun] | ڤݢون

Definisi : tidak bergerak: keadaan ~. memegunkan menyebabkan pegun. terpegun tercegat serta tidak dpt berkata apa-apa kerana terperanjat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegun
Kata Terbitan : terpegun,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FASA PEGUNJangka masa dan fasa-fasa yang terlibat semasa pembiakan atau pertumbuhan mikroorganisma yang dieramkan pada suhu tertentu.KEJURUTERAANKonsep
FIZIK GELOMBANG

Rambatan yang seragam dan teratur dari keadaan pegun atau keseimbangan dari satu tempat ke satu tempat.

FIZIKProses/Tindak Balas
ILMU MEKANIKIlmu mekanik ialah bidang fizik yang mengkaji
kesan daya terhadap pepejal, cecair dan gas
sewaktu pegun dan sewaktu bergerak
UMUMUmum
PUSAT GRAVITI

Pusat graviti ialah titik pada sesuatu objek di

mana daya graviti kelihatan bertindak. Jika sesuatu

objek digantung dari mana-mana titik pada garis

tegak yang melalui pusat gravitinya, objek tersebut

akan tetap pegun. Tetapi jika pusat graviti condong

kepada sebelah titik yang di sekelilingnya objek

boleh berputar, objek itu akan berputar mengikut

arah itu.

UMUM 
PERGERAKAN

Pergerakan terjadi apabila sesuatu objek bertukar

tempat di dalam ruang. Pergerakan ialah istilah

bandingan dan bukannya istilah mutlak. Sesuatu

objek berkemungkinan berada dalam pergerakan

bagi sesuatu objek lain tetapi berkemungkinan juga

pegun bagi objek ketiga. Contohnya, andaikan anda

sedang menaiki kereta api dan melewati seseorang

yang sedang berdiri di tepi landasan. Orang yang

berdiri di tepi landasan akan melihat anda dan

penumpang lain di atas kereta api seperti sedang

bergerak, tetapi penumpang yang duduk di sebelah

anda di dalam kereta api sebenarnya duduk tetap

pada pandangan anda.

UMUM 

Kembali ke atas