Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.juang] | ڤجواڠ

Definisi : orang yg berjuang (utk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu): ia seorang ~ bangsa yg senantiasa dicurigai oleh pihak Inggeris; ~ kebebasan orang yg berjuang utk mem­bebaskan diri, tanah air dsb drpd belenggu, cengkaman, penindasan dsb penjajah atau kuasa asing; ~ kemerdekaan orang yg berjuang utk mendapatkan kemerdekaan tanah airnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.juang] | ڤجواڠ

Definisi : orang yg berjuang: ~ kemerdekaan orang yg berjuang utk mendapatkan kemerdekaan tanah airnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
juang
Kata Terbitan : berjuang, memperjuangkan, perjuangan, pejuang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEJUANG SASTERA

PEJUANG SASTERA, hadiah sastera.  Hadiah ini diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada para sasterawan sebagai mengenang jasa dan khidmat bakti mereka dalam bidang kesusasteraan yang amat memberi erti terhadap martabat bangsa dan tanah air.

SASTERAAnugerah/Hadiah
NIK SAFIAH HAJI ABDUL KARIM, DATUK DR.

Nik Safiah Haji Abdul Karim, Datuk Dr.

(1939– ) ialah ahli dan pejuang bahasa, ahli

akademik, dan pejuang pergerakan wanita.

UMUM 
PERANG GERILA

Perang gerila ialah perang oleh kumpulan

pejuang yang berkeliaran dan menyeksa musuh

melalui serang hendap, penyerbuan mendadak,

dan serangan skala kecil yang lain. Gerila

mungkin tersusun, tetapi mereka biasanya

berjuang dalam kumpulan kecil. Mereka biasanya

beroperasi di belakang barisan musuh dan

menggunakan taktik hentam-dan-lari dan sabotaj

untuk mengejutkan dan menyeksa musuh. Mereka

mengambil kesempatan atas ciri-ciri kawasan

semula jadi — seperti hutan, bukit, tasik, dan

sungai — kepada bersembunyi dan melancarkan

serangan. Apabila keganasan dilancarkan di

kawasan bandar, operasi sedemikian biasanya

dikenali sebagai “Keganasan Bandar”. Mereka

melakukan pengeboman, penculikan, dan

tindakan ganas yang lain. Gerila kadang-kadang

dikenali juga sebagai pejuang bawah tanah atau

penentang , atau partisan . Taktik gerila biasanya

digunakan oleh kumpulan yang terhad sumbernya

untuk menentang musuh yang lebih hebat dari

segi kuasa dan kekuatan. Perkataan gerila

bermaksud perang kecil dalam bahasa Sepanyol

dan pertama kali digunakan semasa Perang

Semenanjung Napoleon (1808–1814).

UMUM 
PERGERAKAN FENIAN

Pergerakan Fenian ialah kumpulan pejuang

yang ditubuhkan oleh nasionalis Ireland untuk

membebaskan Ireland daripada pemerintahan

Inggeris. Pada akhir tahun 1850-an, negarawan

Ireland yang dikenali sebagai Fenian mula

merancang revolusi untuk mencapai kemerdekaan.

Kumpulan Fenian mendapat namanya daripada

Fianna, kumpulan wira mitos orang Ireland (lihat

Kesusasteraan Ireland [Kisah kewiraan cinta, dan

rupa]).

UMUM 
MOHD YUSUF AHMAD, DATOpentadbir, pendidik, penulis dan pejuang kebangsaan dalam penulisan dan pendidikan.BAHASATokoh
DATO’ BAHAMAN

Dato’ Bahaman (1838–?) ialah pejuang Melayu

yang terkenal dalam usaha menentang British.

UMUM 
AGOES SALIM

Agoes Salim (1884–1954), pejuang yang bergelar

Pahlawan Nasional Indonesia dan cendekiawan.

Agoes Salim ialah pengasas Partai Penyedar dan

menjadi Menteri Luar Negeri (1947–1950).

UMUM 
DIPONEGORODIPONEGORO (1785 – 1855), pejuang yang menentang kekuasaan Belanda di Pulau Jawa, Indonesia. Dia dikenal juga dengan panggilan Syekh Ngadburahim atau Syekh Ngadbul hamid, anak sulung kepada Amangku Buwono III. Sejak kecil Diponegoro diberi didikan agama oleh neneknya, Ratu Agung, yang terkenal sebagai seorang alim. Semasa muda, Diponegoro sering bermeditasi di Gua Langse yang terletak di pantai selatan Pulau Jawa.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KOSSUTH, LAJOS

Kossuth, Lajos (1802–1894), pejuang

kebangsaan Hungary yang mengetuai satu

pemberontakan yang berjaya dari tahun 1848

hingga tahun 1849.

UMUM 
MEDILL, JOSEPH

Medill, Joseph (1823–1899), pejuang editor dan

penerbit Amerika yang menjadikan Chicago Tribune

salah sebuah akhbar yang paling berjaya di dunia.

UMUM 
1234

Kembali ke atas