Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ka.ka] | ڤکاک

Definisi : sj burung, burung buaya, Pelargopsis amauroptera; keris (hulu) ~ sj keris dr Patani (hulunya berbentuk kepala burung pekaka); ~ api sj burung, binti-binti Ceyx e. erithacus; ~ bukit sj burung, Alcedo curyzona peninsulae; ~ cicit sj burung, burung raja udang, Alcedo atthis bengalensis; ~ rimba sj burung, kaing-kaing rimba, Lacedo p. pulchella; ~ rimba besar sj burung, Halcyon c. concreta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pekaka

Puisi
 

Ikan haruan di dalam lubuk,
     Helang pekaka hinggap di dahan;
Sarang tebuan jangan dijolok,
     Lebam muka celaka badan.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAIN SAYAP PEKAKAKAIN SAYAP PEKAKA, Kain limar tapak catur punca potong yang ditenun daripada benang sutera halus di kedua-dua benang loseng dan pakan. Kain ini telah menjadi kain basahan atau sebahagian daripada pakaian harian kaum lelaki di Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun, bagi pakaian harian, kain ditenun daripada benang kapas sahaja.BUDAYAKraf Tangan
KOOKABURRA

Kookaburra ialah burung pekaka hutan yang

besar, yang hidup di Australia dan New Guinea.

UMUM 
MOTMOT

Motmot ialah nama famili burung yang

berkaitan dengan burung pekaka. Motmot hidup

di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pada

kebanyakan motmot, bulu di pelepah ekornya

mudah tanggal dan hujung ekornya kelihatan

seperti dua raket tenis. Burung ini

menggoyangkan ekornya ke kiri dan ke kanan

apabila ia bertenggek, mungkin kerana pemangsa

mungkin menerkam ekor yang bergerak, bukan

burung yang tidak bergerak.

UMUM 

Kembali ke atas