Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pekerjaannya

Peribahasa

Seperti mengerat dengan gunting galir.

Bermaksud :

Orang yang malas dan bodoh tidak akan sempurna pekerjaannya. gunting galir = gunting yang tidak ketat kuncinya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANDERSON , SHERWOOD

Anderson, Sherwood (1876–1941) ialah

cerpenis dan novelis Amerika. Pada tahun 1912, dia

meninggalkan keluarganya dan pekerjaannya di

Ohio, dan memulakan hidup baharu sebagai penulis.

UMUM 
THA'ALABIY, ABU MANSUR AL-

Tha‘alabiy, Abu Mansur al- (350–429 H./961–

103 M.), sasterawan, ahli bahasa, pengkritik, dan

pengarang buku ‘ Yatimah al-Dahr’. Dia lahir di

Naisabur. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Malik ibn

Muhammad ibn Isma’il Abu Mansur al-Tha‘alabiy.

Tha‘alabiy seorang penjual pakaian bulu haiwan

dan penjahit kulit musang. Oleh itu, dia digelar al-

Tha‘alabiy sebagai satu sandaran kepada

pekerjaannya.

UMUM 
TILIK

TILIK, perbuatan merenung, meramal atau menelah sesuatu yang sudah atau akan terjadi sama ada peristiwa, penyakit atau nasib. Tilik banyak dikuasai oleh bomoh, dukun atau pawang. Bagaimanapun, cara menilik berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Biasanya tukang tilik menggunakan tapak tangan untuk menilik. Daripada garis-garis tapak tangan, seseorang tukang tilik boleh mengetahui nasib rezekinya, kedudukan pekerjaannya, jodoh pertemuan, kebahagiaan rumah tangga, kedudukannya dalam masyarakat dan juga penyakit. Daripada tapak tangan juga, tukang tilik dapat melihat apa yang sudah dialami oleh seseorang, penyakit yang pernah dihadapi dan kejadian penting yang tidak terlupakan sehingga menghantui seseorang itu.

BUDAYAKonsep
TIFOID MARY

Tifoid Mary ialah nama yang kadangkala

digunakan untuk merujuk kepada Mary Mallon

(1868?–1938), pembawa pertama demam tifoid yang

dikenal pasti di Amerika Syarikat. Dia pulih dari

penyakit tersebut, tetapi sebagai seorang

pembawa, dia menyebarkan kuman demam tifoid

kepada orang ramai. Dia telah menjangkiti lebih

kurang 53 orang dengan demam tifoid antara

tahun 1900 hingga tahun 1915. Tiga orang

daripadanya mati akibat penyakit itu.

Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan

awal Mary Mallon. Dia lahir di Ireland dan

berpindah ke New York, Amerika Syarikat, untuk

bekerja sebagai tukang masak. George Soper,

seorang jurutera sanitasi, telah mengaitkannya

dengan lebih kurang enam kes demam tifoid yang

berlaku di negeri tersebut. Mallon enggan

berhenti daripada pekerjaannya sebagai tukang

masak, oleh itu dia ditahan di sebuah hospital. Dia

tinggal di hospital tersebut selama lebih 20 tahun

hingga ke akhir hayatnya.

UMUM 

Kembali ke atas