| PERHUBUNGAN PERINDUSTRIAN | Perhubungan perindustrian adalah cara majikan dan pekerjanya berurusan antara satu sama lain. Sistem perhubungan perindustrian menetapkan tradisi atau peraturan yang mengawal proses ini. Di sesetengah negara, proses ini dikenali sebagai perhubungan buruh . | UMUM | |
| PERKONGSIAN UNTUNG | Perkongsian untung. Ramai majikan berkongsi untung dengan pekerjanya. Mereka berbuat demikian untuk menggalakkan daya pengeluaran (kerja yang produktif) dan untuk memujuk pekerja supaya kekal dalam syarikat. | UMUM | |
| SABTU | Sabtu , disebut Saeter-daeg oleh orang Anglo- Saxon, ialah hari ketujuh dalam satu minggu. Ia dinamakan bersempena nama dewa Rom Saturn, dan merupakan satu-satunya hari yang dinamakan mengikut nama dewa Rom purba. Sabtu ialah hari Sabat di kalangan orang Yahudi dan pengikut Seventh-day Adventists. Kebanyakan majikan memberikan pekerjanya cuti separuh hari atau cuti penuh pada hari Sabtu. Lihat juga Minggu. | UMUM | |