Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ki/] | ڤکيق

Definisi : 1. teriak yg kuat, jerit: “tolong!”, ~nya dgn suara yg menyeramkan; 2. sorak atau teriak (sbg semboyan dll): sejurus kemudian kedengaran pula ~ merdeka bergemuruh; kedengaran ~ anak-anak bermain di halaman; ~ jerit = jerit ~ pekikan dan jeritan; ~ pekuk bermacam-macam pekik dan jerit; berpekik = memekik; memekik berteriak kuat, menjerit: mahu rasanya ia meraung dan ~ sekuat-kuatnya; ~ sampai ke langit memekik kuat-kuat; memekikkan 1. mengatakan sesuatu dgn suara yg keras, meneriakkan, menjeritkan: ia membuka mulut hendak ~ segala kecemasannya; 2. ki menyeru-nyerukan, melaung­-laungkan, mengheboh-hebohkan; terpekik tiba-tiba memekik; terpekik-pekik terjerit-jerit (kerana kesa­kitan, ketakutan, dll): anak-anak perahu itu ~ ketakutan kerana perahu mereka hampir-hampir terbalik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ki/] | ڤکيق

Definisi : , = pekikan 1 suara panggilan yg kuat; teriak yg keras; jeritan: Jerit dan ~ orang di dlm kapal yg terbakar itu tidak terkira lagi. 2 sorak atau teriakan sbg isyarat. memekik berteriak kuat-kuat; menjerit: Mahu rasanya saya ~ sekuat-kuatnya. memekikkan meneriakkan sesuatu dgn suara yg kuat; melaungkan. terpekik-pekik terjerit-jerit kerana ketakutan dll: Kadang-kadang dia meracau-racau dan ~ hendak lari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pekik
Kata Terbitan : memekik, memekikkan, pekikan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RASUK

RASUK, satu keuzuran mental dan fizikal yang dipercayai berpunca daripada gangguan kuasa luar biasa seperti hantu, polong, pelesit, hantu raya dan jembalang. Ini berkaitan dengan kepercayaan orang Melayu yang kuasa ghaib boleh meresapi badan manusia dan fikiran. Seseorang yang kena rasuk atau kerasukan akan ketakutan dan terpekik-pekik meminta pertolongan. Rasuk boleh berlaku secara tiba-tiba. Hanya orang yang lemah semangat sahaja dapat dirasuk.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas