Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTUBUHAN KEBANGSAAN PELAJAR-PELAJAR ISLAM MALAYSIA

PERTUBUHAN KEBANGSAAN PELAJAR-PELAJAR ISLAM MALAYSIA, gabungan persatuan pelajar Islam di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIM) ditubuhkan pada tahun 1961. Nama asalnya ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM). Matlamat penubuhan persatuan ini adalah untuk memperjuangkan dan memajukan kepentingan pelajar Islam di negara ini khususnya dan pada peringkat antarabangsa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
KAMUS PELAJAR

KAMUS PELAJAR, kamus umum yang disusun khas untuk kegunaan pelajar. ‘Pelajar’ dalam konteks perkamusan merujuk kepada orang yang belajar bahasa Melayu. Dalam  hal ini ‘kamus pelajar’ secara am dapat dianggap sebagai kamus untuk orang yang belajar bahasa Melayu tidak kira sama ada mereka masih di bangku sekolah atau tidak. Ada juga kamus pelajar yang ditujukan khas kepada orang asing yang ingin belajar bahasa Melayu atau kepada pelajar yang belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

BAHASAPenerbitan
DEWAN PELAJAR

Dewan Pelajar, majalah bulanan untuk bacaan golongan pelajar. Majalah ini mula diterbitkan pada bulan Januari 1967 dengan harga 40 sen senaskhah.

SASTERAKarya
GPMS

GPMS, pertubuhan pelajar Melayu. GPMS ialah singkatan Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung. Pertubuhan ini ditubuhkan pada zaman penjajah, selepas  Perang Dunia Kedua oleh para pelajar Melayu yang memperjuangkan kemajuan pendidikan di institusi pengajian tinggi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan untuk meningkatkan kemajuan pendidikan pelajar Melayu khususnya selain memperjuangkan taraf hidup orang Melayu dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
BUDI UTOMO

BUDI UTOMO,  organisasi nasional pertama di Indonesia.  Organisasi ini ditubuhkan pada 20 Mei 1908 oleh pelajar-pelajar Sekolah Doktor Jawa (School tot Opleiding Voor Indische Artsen  atau STOVIA) atas anjuran Dr. Wahidin Sudira Usada, pesara doktor perubatan.  Tujuan organisasi ini ditubuhkan adalah untuk memajukan nusa dan bangsa melalui pendidikan, pertanian, perdagangan, penternakan, teknik dan industri, kebudayaan serta mempertinggi cita-cita kemanusiaan untuk mencapai kehidupan bangsa yang terhormat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MOGOK PELAJAR SITC

MOGOK PELAJAR SITC, peristiwa mogok oleh guru pelatih Sultan Idris Training college (SITC). Peristiwa ini berlaku pada tahun 1949.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
MOOT

Moot ialah istilah lama Inggeris untuk sesuatu

perjumpaan awam. Ahli-ahli pergerakan

pengakap kini kadangkala menggunakan istilah

tersebut untuk perjumpaan antarabangsa. Pelajar

undang-undang menggunakan istilah tersebut

untuk kes mahkamah olok-olok di mana pelajar

berhujah antara satu sama lain bagi pihak klien

rekaan mereka. ‘Hakim’ yang biasanya terdiri

daripada tutor undang-undang atau peguam

bertauliah, menghakimi dengan memberi komen

terhadap perkara undang-undang yang

dibangkitkan oleh para pelajar. Dalam percakapan

biasa, perkara moot bermakna perkara yang

boleh diragukan atau dipertikaikan.

UMUM 
MOHAMAD SHARIF OSMAN

MOHAMAD SHARIF OSMAN (1880-an-    ?    ), Menteri Besar Kedah (1948-1954).  Dia lahir di Pulau Pinang.  Kedua-dua ibu bapanya adalah anak angkat kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah, Sultan Kedah.  Bapanya bertugas sebagai wakil kerajaan Kedah di Pulau Pinang di samping menyelia pelajar-pelajar yang terdiri daripada kerabat diraja dan anak bangsawan Kedah yang menuntut di Pulau Pinang.  Mohamad Sharif mendapat pendidikan Inggeris di Penang Free School hingga tamat Darjah Tujuh.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMANYAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN, tabung pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan.  Yayasan ini ditubuhkan bagi memperingati jasa dan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia.  Yayasan Tunku Abdul Rahman telah ditubuhkan secara rasmi melalui Akta Parlimen Bilangan 43, bertajuk Akta Tabung AmanahYayasan Tunku Abdul Rahman.  Akta ini diluluskan di Parlimen pada 15 Julai 1966.  Tujuan tabung pendidikan ini diadakan adalah bagi membantu pelajar-pelajar Melayu pada peringkat pengajian tinggi.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
1234567

Kembali ke atas