DAIRAT AL-MA'ARIF AL-WATANIYYAH | DAIRAT AL-MA’ARIF AL-WATANIYYAH, sekolah agama. Ia juga dikenal sebagai Dairatul Ma’arif. Madrasah ini terletak di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Madrasah ini didirikan oleh Haji Abdullah bin Haji Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Haji Abdullah Fahim, pada tahun 1926. Pada peringkat awal, pengajian agama di madrasah ini dijalankan secara ‘umumi’ sahaja. Pada tahun 1927, sistem pengajian ‘nizami’ diperkenalkan. Pengajian terhad kepada pelajar lelaki sahaja. Pada tahun 1935, barulah kelas untuk pelajar wanita diadakan, tetapi secara berasingan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
TITIE SAID | TITIE SAID (1935 - ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 11 Julai 1935 di Bojonegoro, Jawa Timur, Indonesia. Nama penuhnya ialah Titie Raya Said Sadikun. Dia adalah pelajar arkeologi di Universitas dan mendapat ijazah Sarjana Muda pada tahun 1959. dia pernah menjadi sidang redaksi beberapa terbitan berkala seperti Wanita, Hidup dan Kartini dan pada tahun 1980, dia memimpin pula majalah Famili. Dia turut menjadi anggota DPRD Tingkat I Propinsi Bali setelah mengikut suaminya bertugas di sana | SASTERA | Tokoh |
KHATIJAH SIDEK | KHATIJAH SIDEK (19181982), pemimpin dan pemidato wanita. Beliau lahir di Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Khatijah binti Mohd. Sidek. Beliau memulakan alam persekolahan di HIS (Hollands Inlandsche School) dan menamatkan pengajian pada tahun 1931 sebelum menyambung pengajian di M.U.L.O. dan terpilih ke Menengah Tinggi (Jurusan Kedoktoran). Pada tahun 1931, beliau bersama-sama 30 orang rakannya dibuang sekolah akibat kegiatan politik dalam Persatuan Pelajar (IM) Indonesia Muda dalam (KBI) Kepanduan Bangsa Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |