NOVELLO, IVOR | Novello, Ivor (1893–1951), menjadi terkenal sebagai penggubah salah sebuah lagu Perang Dunia I (1914–1918) yang paling popular, Keep the Home Fires Burning. Dia juga merupakan pengurus pelakon, pelakon filem, dan dramatis yang mantap. Novello lahir di Cardiff, Wales. Nama sebenarnya ialah David Ivor Davies. | UMUM | |
PELAKON MIMOS | | UMUM | |
SARIMAH | Sarimah (1942– ) ialah pelakon filem Melayu yang terkenal. Selain pelakon, Sarimah juga terkenal sebagai penerbit dan pengarah filem Melayu. Nama sebenarnya ialah Sarimah binti Ahmad. | UMUM | |
DUSE, ELEONORA | Duse, Eleonora (1858–1924), pelakon wanita Itali yang mendapat jolokan “pelakon wanita terhebat pada zamannya”. | UMUM | |
THESPIS | Thespis ialah pelakon dan dramatis Yunani pada tahun 500-an S.M., yang telah menghasilkan bentuk yang kini dikenali sebagai drama. Kini, kadangkala pelakon dikenali sebagai Thespian , sempena namanya. | UMUM | |
DAY-LEWIS, DANIEL | Day-Lewis, Daniel (1957– ) ialah pelakon Ireland. Pada tahun 1989, dia memenangi Academy Award sebagai pelakon terbaik dalam filem My Left Foot, yang melakonkan watak Christy Brown sebagai seorang penulis dan penyair yang lumpuh. | UMUM | |
NICHOLSON, JACK | Nicholson, Jack (1937– ), pelakon dan pengarah filem Amerika. Dia sering melakonkan watak yang sombong dan biadab atau individu yang berjiwa bebas dan menolak masyarakat konvensional. Nicholson memenangi Academy Award pada tahun 1975 sebagai pelakon lelaki terbaik melalui lakonannya dalam One Flew Over the Cuckoo’s Nest dan Academy Award pada tahun 1983 sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik melalui lakonannya dalam Terms of Endearment. | UMUM | |
ANDERSON, DAME JUDITH | Anderson, Dame Judith (1836–1917), dianggap sebagai salah seorang pelakon wanita yang paling berjaya dalam teater berbahasa Inggeris. Dia merupakan pelakon watak dan boleh membawa peranan emosional dengan sangat baik. Dia memainkan pelbagai watak di pentas, dalam filem, dan televisyen. Kejayaannya yang paling cemerlang termasuklah peranannya dalam Strange Interlude, Mourning Becomes Electra, Macbeth, dan Medea, dan filem Rebecca dan Kings Row . Nama sebenarnya Frances Margaret Anderson-Anderson di Adelaide, Australia. Dia buat pertama kali membuat persembahan di New York pada tahun 1918. Dia dianugerahi Dame Commander in the Order of the British Empire pada tahun 1960, dan merupakan pelakon wanita yang pertama diberi penghormatan yang begitu tinggi. | UMUM | |
DAVIS, BETTE | Davis, Bette (1908–1989), pelakon filem wanita Amerika yang terkenal dengan melakonkan watak seorang wanita yang berazam kuat. Davis memenangi Academy Award sebagai pelakon wanita terbaik melalui lakonannya dalam Dangerous (1935) dan Jezebel (1938). | UMUM | |
STANISLAVSKI, KONSTANTIN | Stanislavski, Konstantin (1863–1938) ialah nama pentas seorang pengarah dan pelakon terkenal Russia. Dia cuba menghasilkan persembahan yang sebenar dengan meminta pelakon-pelakonnya menghayati secara mendalam terhadap karekter, dan mengandaikan bahawa mereka sendiri adalah wataknya. Berlakon dengan menghidupkan watak sebenar dikenali sebagai “pendekatan Stanislavski.” | UMUM | |