Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.ku.ran] | ڤلاکورن

Definisi : proses atau perbuatan melakur­kan: ~ beberapa jenis logam yg berlainan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.ku.ran] | ڤلاکورن

Definisi : proses atau perbuatan melakurkan: ~ beberapa jenis logam yg berlainan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelakuran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PELAKURAN UMUM 
MAKMAL KEBANGSAAN OAK RIDGE

Makmal Kebangsaan Oak Ridge, di Oak

Ridge, Tennessee, ialah salah sebuah pusat

penyelidikan dan pembangunan tenaga yang

terbesar di Amerika Syarikat. Kerja di makmal ini

memberi tumpuan utama kepada teknologi

tenaga nuklear. Penyelidik di Oak Ridge

menjalankan eksperimen dengan pembelahan

nuklear dan pelakuran nuklear. Makmal ini juga

merupakan sumber utama radioaktif dan isotop

yang stabil di Amerika Syarikat yang digunakan

dalam lapangan perubatan, industri, dan

penyelidikan.

UMUM 
TAKAT BEKU

Takat beku ialah suhu apabila sesuatu bahan

berubah dari cecair menjadi pepejal. Takat beku

bahan yang berlainan sangat berbeza-beza. Raksa,

misalnya, membeku pada –38.87 ° C. Walau

bagaimanapun, emas mempunyai takat beku 1063 ° C.

Takat beku bahan tulen serupa dengan takat

lebur nya (lihat Takat lebur ). Misalnya, air membeku

pada 0 ° C, dan bentuk pepejalnya, ais, cair pada suhu

yang sama. Apabila sesuatu bahan tulen berada

pada takat bekunya, bentuk cecair dan pepejal

bahan tersebut berada dalam keseimbangan

dengan satu sama lain. Melainkan haba ditambah

atau disingkirkan, ia akan kekal dalam keadaan itu

secara tidak menentu kerana bagi setiap amaun

cecair yang membeku, amaun pepejal yang sama

cair. Haba yang mesti ditambah untuk mencairkan

suatu unit kuantiti sesuatu bahan, atau disingkirkan

untuk membekukannya, dikenali sebagai haba

pelakuran.

UMUM 

Kembali ke atas