Outriger ialah sama ada dua jenis perahu atau dua jenis peranti perahu. Outriger ialah perahu yang dayungnya dilekapkan pada <i> outriger i> (pendakap) yang terjojol dari bahagian tepi bot. Pendakap yang dinamakan outriger menopang dayung. Pendakap membantu meningkatkan penuilan perahu yang menggunakan dayung. Di negara-negara sekitar Lautan Hindi dan Pasifik, <i> outriger i> ialah kanu dengan sebatang pelampung yang dilekatkan pada kerangka yang menganjur dari satu sisi. Tambahan pelampung ini dinamakan <i> outriger i> . Pelampung ini merupakan pengimbang dan mengelakkan kanu itu daripada terbalik. Kanu yang mempunyai pelampung pada kedua-dua sisinya dinamakan outriger kembar. |