Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.na] | ڤلان

Definisi : 1. lapik tempat duduk belakang kuda dll, sela: kuda kami sudah dikenakan ~ dan sudah dimuati dgn makanan; 2. (Geog) genting di antara dua kemuncak yg sama ben­tuk dan tingginya: bahu, genting, dan ~ semuanya terdapat di rabung-rabung bukit; 3. (Bio) bahagian cacing dll yg tebal (yg me­ngeluarkan kelongsong utk telur); berpelana memakai pelana; memelanai mengenakan pelana pd. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.na] | ڤلان

Definisi : lapik tempat duduk yg diletakkan di atas belakang kuda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelana (kata nama)
Bersinonim dengan sela, sadal, sadel, sekedup, syakduf, jin.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PELANA

PELANA, lapik atau alas tempat duduk di atas belakang binatang tunggangan seperti kuda, keldai, sapi, kerbau dan unta.  Pelana digunakan untuk keselesaan penunggang.

BUDAYAAlat/Alatan
KULIT KRAF

Kulit kraf ialah seni membuat barangan

daripada kulit untuk dijadikan perhiasan dan

kegunaan lain. Kulit lembut dan bulu juga boleh

digunakan. Barangan kulit yang paling popular

termasuk tali pinggang, beg tangan, pelana dan

kasut. Pekerja kulit kraf juga menggunakan kulit

untuk mencipta perabot, barang kemas, ukiran

dan perhiasan dinding.

UMUM 
TAHR

Tahr ialah nama bagi tiga spesies antelop bak

kambing. Ia mempunyai tanduk yang melengkung

ke belakang dan kaki bertelapak. Ia juga mempunyai

bulu yang sangat tebal, berjumbai-jumbai. Tahr

memakan rumput dan tumbuh-tumbuhan lain. Tahr

Himalaya adalah spesies yang terbesar. Panjangnya

kira-kira 1.7 meter, dan beratnya lebih daripada 100

kilogram. Tahr Nilgiri di selatan India mempunyai

bulu berwarna gelap. Tahr jantan mempunyai

tompok pelana berwarna perak di belakangnya.

Tahr Arabia di Oman adalah spesies yang terkecil. Ia

berbulu perang.

Pengelasan saintifik . Tahr tergolong dalam famili

Bovidae. Ia membentuk genus Hemitragus jemlahicus ,

tahr Nilgiri ialah H. hylocrius, dan tahr Arabia ialah

H. jayakar.

UMUM 

Kembali ke atas