Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lan.du/] | ڤلندوق

Definisi : sj binatang spt kancil tetapi lebih besar saiznya; jenis-jenisnya: ~ angin, ~ bulu, ~ sendau, dll; ~ dua serupa prb dua orang yg seakan-akan sama rupanya; (bagai) ~ di dlm cerang = ~ dicerang rimba prb gelisah kerana ketakutan (kesusahan); ~(lah) melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan ~ prb orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap meng­ancam; spt ~ terlepas drpd jerat prb perihal terlepas drpd sengsara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.du/] | ڤلندوق

Definisi : sj ikan laut, Lethrinus minitus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.du/] | ڤلندوق

Definisi : nama sj binatang hutan yg rupanya spt kancil tetapi lebih besar, Tragulus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelanduk

Puisi
 

Jangan disumpit pelanduk kami,
     Pelanduk kami sudah berpagar;
Jangan diikat si pantun kami,
     Pantun kami baru belajar.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Pelanduk dua serupa.

Bermaksud :

Dua orang yang serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salin [= sesalin] tak tumpah, b. Seperti peluru dua setuangan).

 

Lihat selanjutnya...(22)

Lihat selanjutnya...(1)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIKAYAT PELANDUK JENAKAHIKAYAT PELANDUK JENAKA, sastera hikayat yang tergolong dalam jenis cerita binatang. Hikayat ini termasuk dalam golongan hikayat Melayu yang tertua, iaitu sudah diketahui sebelum abad ke-18 lagi. SASTERAKarya
KANCIL

Kancil atau dikenali juga sebagai pelanduk ialah

haiwan kecil berbulu licin, bermuncung tajam,

telinga bulat dan berekor kecil. Nama saintifiknya

Tragulus Javanicus.

UMUM 

Kembali ke atas