Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lang.gan] | ڤلڠݢن

Definisi : 1. pembeli (surat khabar, majalah, dll) yg tetap: makin bertambah ramailah ~nya dan kedainya pun bertambah besar pula; 2. orang (syarikat) dsb yg membayar kpd seseorang spt peguam (pembina dsb) utk mendapatkan atau melakukan sesuatu bagi pihaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lang.gan] | ڤلڠݢن

Definisi : 1 pembeli (surat khabar, majalah dll) secara tetap: ~ di kedainya makin bertambah. 2 orang, pihak, syarikat dll yg mendapat khidmat seseorang, sesebuah syarikat dsb dgn membayar kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langgan
Kata Terbitan : melanggan, pelanggan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PASAR RAYA

Pasar raya ialah gedung besar menjual barang

makanan dan pelbagai produk lain. Pelanggan

pasar raya memilih sendiri barang yang diperlukan

dan membayar di kaunter pembayaran. Pasar raya

berbeza daripada kedai runcit terutamanya dari

segi nilai jualan. Sesetengah pasar raya berbentuk

kedai bebas, tetapi kebanyakannya membentuk

cawangan yang dikenali sebagai rangkaian (lihat

Rantaian).

UMUM 
AL-WAKALAH

Al-Wakalah ialah prinsip syariah yang bermaksud perwakilan.  Dalam operasi perbankan Islam, al-Wakalah merujuk kepada suatu kontrak antara pelanggan dengan bank apabila pelanggan melantik bank sebagai wakil atau ejen dalam sesuatu urusan bagi pihaknya.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
TEKANAN REKA BENTUK PENGAGIHAN GASNilai tekanan teori yang diperoleh dengan menggunakan formula reka bentuk tertentu. Penentuan nilai ini dibuat dengan mengambil kira aspek keperluan penggunaan gas di sektor hiliran dan keupayaan sistem pembekalan untuk menampung keperluan pelanggan. Tekanan reka bentuk diperkenalkan bagi menjamin kemantapan bekalan gas kepada pengguna, khususnya industri yang memerlukan bekalan gas secara berterusan. Tekanan reka bentuk juga bertujuan menjamin keselamatan ruang laluan gas agar tidak melebihi had tekanan selamat yang ditetapkan untuk paip laluannya.KEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
PERKHIDMATAN BERKUALITI

Perkhidmatan berkualiti ialah perkhidmatan yang mematuhi keperluan atau kehendak pelanggan tanpa adanya kecacatan.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
MUATAN

Muatan ialah barangan pembuatan atau bahan

mentah yang diangkut dari satu tempat ke satu

tempat. Kereta api masih mengangkut muatan

berat seperti batu arang dan mineral lain. Tetapi

di kebanyakan negara industri, jalan raya

mengangkut lebih banyak muatan berbanding

kereta api. Trak dan van mengangkut muatan dari

kilang ke gudang, dan dari gudang kepada

pelanggan. Muatan selalunya dipindahkan melalui

kontena . Ia merupakan kotak logam besar yang

dinaikkan ke atas trak dan boleh diturunkan terus

ke atas gerabak kereta api atau ke atas dek kapal

kargo. Pengenalan muatan berkontena telah

mengurangkan kerja pemunggahan naik dan

turun, serta pemunggahan semula barangan

dengan banyaknya.

UMUM 
MESIN DAFTAR TUNAI

Mesin daftar tunai ialah mesin yang merekod

dan memaparkan amaun jualan. Kebanyakan mesin

daftar tunai mempunyai laci untuk menyimpan wang

tunai. Apabila juruwang merekodkan sesuatu jualan

dalam mesin daftar tunai, harga pembelian tertera di

jendela paparan di mesin tersebut. Mesin daftar tunai

ini juga mencetak resit butiran yang mencatatkan

rekod penjualan untuk kegunaan pelanggan.

UMUM 
STONE, EDWARD DURELL

Stone, Edward Durell (1902–1978) ialah arkitek

Amerika yang terkenal kerana hiasan konkritnya.

Bangunan-bangunan yang direka oleh Stone yang

termasyhur hampir ditutup sepenuhnya oleh

hadangan konkrit yang dibuat dengan teliti, untuk

perlindungan daripada matahari. Banyak antara

bangunan yang direka oleh Stone dibina untuk

pelanggan komersil, kerajaan dan akademik di luar

Amerika Syarikat.

UMUM 

Kembali ke atas