Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lan.tar] | ڤلنتر

Definisi : orang yg menyampaikan atau mengemukakan (permohonan, permintaan, dll), pengantara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.tar] | ڤلنتر

Definisi : 1. bangku panjang tempat duduk di pekarangan (belakang rumah): mereka duduk di ~ sambil berhandai-handai dgn riang; 2. lantai tinggi yg bersambung dgn rumah dan tidak beratap (tempat menjemur kain, meletak air, dll): di ~, pinggan mangkuk banyak belum berbasuh; 3. tangga yg berpara-para (utk mengerjakan tembok dll yg tinggi-tinggi), aram-aram; ~ benua bahagian pinggir benua yg ditengge­lami air laut; ~ minyak binaan serta peralatan yg dijadikan sbg pangkalan tempat operasi menggerudi telaga minyak di laut atau di da­rat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.tar] | ڤلنتر

Definisi : penghantar, pengantara; ®lantar I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.tar] | ڤلنتر

Definisi : 1 bangku panjang tempat duduk-duduk di halaman atau di belakang rumah. 2 lantai (biasanya tidak beratap) tempat menjemur kain dll yg dibina di antara tangga dgn rumah. ~ benua ist kawasan pinggir di keliling sesebuah benua, yg landai dan melebar dr tepi laut hingga ke lantai lautan. ~ minyak binaan serta peralatan yg dijadikan sbg pangkalan tempat operasi menggerudi (telaga) minyak di laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelantar

Puisi
 

Tepak sirih di tepi dapur,
     Buat pelantar di rumah Tuk Penghulu;
Minta sirih barang sekapur,
     Buat ubat hati rindu.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENIS PELANTAR

Tenis pelantar ialah permainan tenis yang

berlainan dan diperkenalkan pada tahun 1928 di

Amerika Syarikat. Pemain biasanya terdiri daripada

dua pemain di setiap gelanggang servis dengan

menggunakan bet untuk memukul semula bola

melepasi jaring. Permainan ini dimainkan di luar

bangunan di gelanggang yang ditinggikan dan

dipagari dengan skrin dawai setinggi 3.7 meter. Bet

yang digunakan lebih besar daripada bet ping pong

dan terdapat lubang kecil pada permukaan bet

tersebut. Bolanya diperbuat daripada span getah

yang berwarna kuning.

UMUM 
SATAH CONDONG

Satah condong ialah peranti yang digunakan

untuk mengangkat beban berat menggunakan

daya yang agak kecil. Contohnya, menolak beban

menaiki tanjakan ke atas sebuah pelantar

memerlukan kurang daya daripada mengangkat

beban ke atas pelantar, kerana beban bergerak

lebih jauh. Katakanlah pelantar itu tingginya 3 ½

meter, tanjakan panjangnya 14 meter dan beban

adalah sebuah tong 200 kilogram. Kerja yang

diperlukan untuk mengangkat tong itu ke atas

pelantar bersamaan dengan beban didarabkan

dengan ketinggian, atau 200 x 3½, yang

bersamaan dengan 700 kilogram daya-meter (atau

6860 newton-meter). Tetapi jika beban itu

digolekkan menaiki tanjakan, daya yang

diperlukan adalah:

Daya = beban x ketinggian atau F =200 x 3½ = 50 kilogram

______________- ____________- daya

jarak 14

Walaupun satah condong mengurangkan daya,

amaun kerja yang dilakukan tetap 700 kilogram

daya-meter (50 x 14). Satah condong adalah satu

daripada enam mesin mudah (lihat Mesin [Enam

mesin mudah]).

UMUM 
TANAH SAHUL

TANAH SAHUL, julukan terutamanya oleh pengkaji arkeologi untuk merujuk keadaan darat luas yang pernah wujud antara benua Australia dan pulau Irian Jaya – Papua New Guinea serta pulau-pulau kecil di Laut Arafura.  Secara lebih tepat, Tanah Sahul boleh dianggap meliputi Pelantar Arafura, Pelantar Sahul, Teluk Carpentaria, pelantar berkedalaman kurang daripada 200 m di sebelah timur Selat Torres, dataran pantai selaran Irian Jaya – Papua New Guinea dan daratan rendah di sebelah utara Australia.  Sempadan barat Tanah Sahul belum jelas.  Ada yang memasukkan Pelantar Rowley hingga North West Cape ke dalamnya, tetapi lebih umum batas baratnya ditarik di Tanjung Leveque, Western Australia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TIANG SAMBUT

Tiang sambut ialah tiang atau pelantar yang

dibina sebagai asas bagi struktur berat. Ia boleh

membentuk sokongan bagi rentang bersebelahan

sesebuah jambatan atau tiang asas sesebuah

bangunan. Syarikat pembinaan menggunakan mesin

penggerudi yang sangat besar untuk mengorek syaf

berbentuk bulat untuk membuat tiang sambut bagi

bangunan tinggi seperti bangunan pencakar langit,

dan kadangkala menggerudi sedalam 30 meter atau

lebih. Kebanyakan tiang sambut moden dibuat

daripada konkrit.

UMUM 
ACARA TERJUN

Acara terjun ialah sukan air yang menarik.

Seseorang penerjun melompat dari papan anjal

atau pelantar dan melakukan gerakan akrobatik

yang berani di udara sebelum terjun ke dalam air.

Tidak seperti renang, acara terjun menekankan

teknik dan bukan ketahanan atau kelajuan.

Penerjun yang berbakat menggabungkan kekuatan

dan keindahan dengan keberanian semasa

berputar dan bertwis ke arah air, dan akhirnya

melakukan terjun ke dalam air dengan deburan

yang minimum.

UMUM 
PEMISAH MINYAK DAN GASBejana tekanan yang digunakan untuk memisahkan bendalir yang dikeluarkan dari telaga minyak atau telaga gas kepada gas dan cecair. Bejana pemisah ini biasanya digunakan di pelantar pengeluaran atau di kawasan pajakan petroleum berdekatan dengan kepala telaga, pancarongga atau deretan tangki. Bejana tersebut mesti mampu untuk mengendali slug dan beban daripada bendalir telaga yang dikeluarkan. Dengan demikian, bejana tersebut lazimnya mempunyai ukuran yang mampu untuk mengendalikan kadar alir seketika yang tinggi. Pembinaan terperinci sesebuah pemisah bergantung pada muatan yang diperlukan dan tekanan operasi.KEJURUTERAANAlat/Alatan
TANAH SUNDA

TANAH SUNDA, rantau yang terdiri daripada Pelantar Sunda dengan kawasan darat berhampiran, iaitu Semenanjung Thai-Melayu, Sumatera, Jawa, Kalimantan dan pulau-pulau pelantar.  Rantau ini meliputi luas lebih 2 juta km persegi.  Takrifan ini bersifat geologi dan didasarkan kepada sejarah perkembangan geologinya yang sejajar.  Bagi pengkaji ilmu bukan geologi, Tanah Sunda adalah lebih luas lagi (dalam lingkungan 3 juta km luas) dan juga meliputi kawasan laut yang berkedalaman kurang daripada 200 m bersama pulau-pulau besar Asia Tenggara serta Semenanjung Thai-Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KEDIAMAN DI TASIK

Kediaman di tasik. Penduduk awal di Eropah

kadangkala membina tempat kediaman di tasik

atau di pinggir tasik atau caruk. Ahli sains

menamakan rumah-rumah tersebut kediaman di

tasik. Mereka membina rumah mereka di atas

pelantar kayu yang didirikan di atas cerucuk atau

tiang.

UMUM 
MERBUK BALAM

Merbuk balam ialah merbuk kecil yang

membiak di hutan jarang dan desa lapang di

Eropah, barat Asia, dan utara Afrika. Merbuk

balam berhijrah, biasanya berkumpulan, ke

selatan Afrika tengah pada musim sejuk. Ia

terbang pantas dan terbang terus sambil

mengibas-ngibaskan sayapnya. Merbuk balam

memakan biji rumpai dan biji-bijian. Bunyi

kukurannya biasa kedengaran pada musim bunga.

Ia bersarang di belukar dan dusun. Merbuk balam

betina biasanya bertelur dua biji di atas pelantar

nipis yang dibuat daripada ranting dan rumput.

Kedua-dua, merbuk balam jantan dan betina

menjaga anaknya. Merbuk meratap di Amerika

Utara kadangkala tersilap dinamakan sebagai

merbuk balam.

UMUM 

Kembali ke atas