ADAT MENGARUK | ADAT MENGARUK, upacara mengalu-alukan kedatangan pemimpin atau tetamu negara atau ketika pertabalan seseorang raja atau pelantikan pemimpin yang diamalkan oleh masyarakat Bugis-Makasar. | BUDAYA | Konsep |
REPUBLIK | Republik ialah sebarang bentuk kerajaan yang mempunyai seorang pemimpin atau beberapa pemimpin yang dilantik dalam tempoh pelantikan yang tertentu. Perkataan republik juga merujuk sesebuah negara yang mempunyai bentuk kerajaan yang dilantik. | UMUM | |
SYARIKAT PEMEGANGAN | Syarikat pemegangan ialah mana-mana syarikat yang memegang majoriti ataupun minoriti yang besar terhadap stok atau kuasa mengundi di dalam sesebuah syarikat lain, cukup untuk mengawal dasar-dasarnya. Syarikat pemegangan boleh mengawal pelantikan pegawai-pegawai dan boleh menetapkan dasar-dasar perniagaan. Syarikat yang di bawah kawalan syarikat pemegangan disebut syarikat subsidiari. | UMUM | |