PELARIAN | | UMUM | |
PELARIAN POLITIK | Seseorang yang melarikan diri ke negara asing untuk mendapatkan perlindungan daripada ditahan oleh pemerintah di negaranya sendiri. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
SUAKA | Suaka, dalam undang-undang antarabangsa, ialah naungan dan perlindungan yang diberikan oleh sesebuah negara kepada orang yang lari dari sebuah negara lain. Pemberian suaka mengikut undang-undang kebangsaan serta undang-undang dan perjanjian antarabangsa. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, para pelarian boleh meminta suaka jika mereka takut penganiayaan yang berdasarkan kaum, agama, kewarganegaraan, atau fahaman sosial atau politik. Tetapi, tiada siapa pun mempunyai hak untuk mendapatkan suaka. Penindasan politik merupakan sebab utama sesebuah negara memberikan suaka. | UMUM | |
NAIPAUL, V.S. | Naipaul, V.S. (1932– ) ialah penulis Hindia Barat dan disanjung kerana novel-novelnya berlatar belakang Caribbean dan Afrika, serta buku-buku perjalanannya. Kerja-kerjanya mengkaji tentang pembuangan negeri dan menimbulkan persoalan tentang hubungan antara kebudayaan dan identiti nasional. Penekanan Naipaul terhadap penjajahan, pemindahan pelarian, keganasan politik, dan pemencilan menimbulkan kritikan yang membandingkan hasil kerjanya dengan penulis seperti Joseph Conrad, penulis Poland. | UMUM | |
KARAENG GALESONG | KARAENG GALESONG, ( ? -1679), putera Sultan Hasanuddin (m.m. 1653-1669), Raja Makasar di Goa, Sulawesi. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia ialah anak raja pelarian Makasar yang terkenal pada abad ke-17 berikutan kekalahan Goa di tangan Arung Palakka pada tahhun 1669. Karaeng Galesong melarikan diri ke Sumbawa. Pada tahun 1673, selepas tinggal seketika di Jawa Timur, dia kembali ke Bali dan di sana dia diberi tanah. Karaeng Galesong dan pengikutnya akhirnya kembali ke Jawa Timur dan berkahwinn dengan anak saudara perempuan pemberontak Madura, Trunajaya pada tahun 1675 selepas Trunajaya menerima persetiaan yang dibuat kerana orang Makasar terkenal sebagai perajurit yang berani. Karaeng Galesong telah membantu Trunajaya dalam beberapa peperangan untuk menguasai kota di pesisir timur Jawa antara Gresik dan Surabaya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
JOHOR LAMA | JOHOR LAMA, ibu negeri Johor pada masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah (m.m. 1527-1564). Johor Lama terletak lebih kurang 20 km dari muara Sungai Johor. Setelah kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511, Sultan Melaka yang menjadi pelarian telah membentuk kembali kerajaan Johor Lama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |