KAMARUDDIN HAJI IDRIS, DATO | KAMARUDDIN HAJI IDRIS, Dato’ (1905- ), pentadbir. Dia lahir di Petaling Jaya, Selangor. Dia mendapat pendidikan di Victoria Institution, Kuala Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Setelah menamatkan persekolahannya, dia berkhidmat sebagai pelatih pada tahun 1920 sebelum dilantik sebagai pegawai dalam Malayan Administrative Service (MAS) pada 1 Mac 1923. Kemudian dia dilantik sebagai pegawai Malayan Civil Service (MCS) pada 1 Januari 1935. Pada 1 Februari 1948, dia dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Terengganu yang pertama. Pada tahun 1950, dia dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
M. AMIN | M. AMIN (1924- ), pengarah filem, penulis skrip dan pelakon. Dia lahir pada 1 September 1924 di Kuala Kangsar, Perak. Nama sebenarnya ialah Mohamed Amin bin Haji Iksan. M. Amin menuntut di Sekolah Bendang Panjang, Kuala Kangsar hingga Darjah Enam dan menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Wangi, Setiawan pada tahun 1940. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, dia dipaksa menjadi konstabel polis Jepun dan ditugaskan memburu mereka yang menjadi ejen komunis. | BUDAYA | Tokoh |