Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.wat] | ڤلاوت

Definisi : orang yg melawat, pengunjung: ~-~ Zoo Negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.wat] | ڤلاوت

Definisi : orang yg melawat: guru ~ guru yg memeriksa sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelawat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAMAN

Taman. Kebanyakan taman merupakan sebidang

tanah yang disediakan kepada orang awam untuk

bersantai. Banyak taman digunakan untuk rekreasi

atau sebagai tempat yang boleh dilawati oleh

pelawat untuk berehat dalam persekitaran semula

jadi. Sesetengah taman pula digunakan untuk acara

kebudayaan dan pendidikan, sukan, rali, dan pesta.

UMUM 
DENAI OREGON

Denai Oregon merupakan jalan darat yang

terpanjang dan terbesar yang digunakan dalam

perluasan wilayah ke arah barat Amerika

Syarikat. Jalan ini berliku-liku sepanjang 3200

kilometer melalui prairi dan gurun dan merentasi

pergunungan dari Independence, Missouri, ke

Barat Laut Pasifik. Malah pada hari ini, pelawat

masih boleh melihat lekuk-lekuk bekas laluan roda

kereta kuda di sepanjang seksyen denai.

UMUM 
DATUN JULUT

DATUN JULUT, tarian masyarakat Kenyah di Sarawak. Tarian ini biasanya ditarikan oleh kaum perempuan pada hari kebesaran ataupun semasa meraikan kedatangan pelawat ke rumah panjang mereka. Lazimnya, tarian ini diadakan pada waktu petang. Kadang-kadang pihak lelaki juga ikut serta bagi menyerikan lagi suasana perayaan tersebut.

         

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

Memorial Tunku Abdul Rahman Putra,

memorial yang menyimpan dan mempamerkan

barang-barang milik Tunku Abdul Rahman Putra,

Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ia

ditubuhkan untuk mengingati dan mengenang jasa

dan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra

kepada negara. Memorial ini menjaga, menyimpan,

dan memulihara segala bahan-bahan arkib,

muzium dan perpustakaan milik Tunku Abdul

Rahman Putra dan hal-hal yang berkaitan

dengannya, mempamerkan kepada pelawat bahan-bahan

miliknya dan yang berkaitan dengannya,dan

menyediakan kemudahan rujukan kepada

penyelidik tentang sejarah perjuangan, jasa serta

sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra kepada

negara. Memorial ini turut berperanan

menimbulkan kesedaran dan nasionalisme kepada

generasi sebagai monumen yang kekal sebagai

peninggalan sejarah, dan untuk menjadikannya

sebagai salah satu tarikan kepada pelancong.

UMUM 
SENJUH SURATAN

SENJUH SURATAN, buku panduan tatabahasa bahasa Melayu yang boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan karangan. Buku ini adalah karya Muhammad Shah bin Yusof, seorang guru pelawat bandar Melaka.  Karya ini diterbitkan pada tahun 1922, dalam tulisan Jawi dan dicetak oleh Matbaah Kahiriyah, Muar Johor. Buku ini telah diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam versi Jawi tanpa mengubah isi dan ejaannya.  Edisi DBP yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1995 dalam Siri Koleksi Warisan.

BAHASAKarya
KESUSASTERAAN AMERIKA

Kesusasteraan Amerika tidak boleh

diterjemahkan dalam satu takrifan yang ringkas.

Kesusasteraan ini mencerminkan banyak tradisi

keagamaan, sejarah, dan budaya penduduk

Amerika, salah satu daripada negara yang

mempunyai penduduk berbilang kaum di dunia.

Ia termasuklah puisi, fiksyen, drama dan jenis

karya-karya lain oleh pengarang yang bermastautin

di Amerika Syarikat. Selain itu, kesusasteraan

ini juga meliputi bahan bukan bertulis seperti

kesusasteraan lisan orang asli Amerika serta cerita

rakyat dan legenda yang telah diwarisi turun-temurun.

Tambahan pula, kesusasteraan Amerika

meliputi laporan bertulis tentang Amerika oleh

para pendatang dan pelawat dari negara lain,

selain karya penulis berketurunan Amerika yang

menghabiskan sebahagian atau seluruh hidup

mereka di luar negara.

UMUM 

Kembali ke atas