Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.ya.ran] | ڤلايرن

Definisi : perihal belayar, perjalanan kapal dsb: pejabat ~; sekolah ~; selama dlm ~ itu, ia tidur atau duduk sahaja; orang ~ orang yg kerjanya belayar, pelayar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.ya.ran] | ڤلايرن

Definisi : 1 hal (ilmu dsb) yg berkaitan dgn cara melayari laut atau cara melayarkan kapal: ilmu ~; sekolah ~. 2 perjalanan dgn kapal atau perahu; perbuatan belayar: Dlm ~ itu, Hang Tuahlah yg menjadi ketua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelayaran

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke Palembang,
     Anak Jawa membakar arang;
Pelayaran tuan tiada menambang,
     Karam berdua basah seorang.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKTA PELAYARAN

Akta Pelayaran (Navigation Act) ialah beberapa

undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen

Inggeris pada tahun 1660-an. Tujuan undang-undang

ini adalah untuk melindungi perdagangan

Inggeris.

UMUM 
KISAH PELAYARAN ABDULLAH

Kisah Pelayaran Abdullah ialah sebuah karya

autobiografi yang ditulis oleh Abdullah

Abdul Kadir Munsyi (1796–1854) atau lebih dikenali

sebagai Abdullah Munsyi. Buku ini telah dicetak

oleh Penerbit E. J. Brill di Belanda pada tahun 1889.

UMUM 
KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI

KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI, karya autobiografi. Kisah Pelayaran Mohammad Ibrahim Munsyi, dikarang oleh Ibrahim bin Haji Abdullah Munsyi. Apabila dia meninggal dunia, karangan ini berada di tangan saudaranya, Muhamad Khalid. Muhammad Khalid kemudian menyerahkan karangan ini kepada Haji Muhammad Said. Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Ibrahim, Sultan Yang dipertuan bagi negeri dan jajahan Johor, Kisah Pelayaran Muhammad  Ibrahim Munsyi dicetak pertama kali dalam tulisan jawi pada tahun 1919,. Kemudian dalam tahun 1956, naskhah ini dicetak semula tanpa melakukan apa-apa perubahan. Kedua-duanya dicetak oleh Jabatan Cetak Negeri Johor di Johor Bahru.

SASTERAKarya
ARGONAUTS

Argonauts, dalam mitologi Yunani, ialah temanteman

Jason, seorang wira yang ternama. Mereka

belayar bersama-sama Jason dalam pelayaran untuk

mencari Bulu Biri-biri Keemasan, seekor biri-biri

jantan terbang. Kira-kira 50 orang wira Yunani yang

terbilang mengambil bahagian dalam pelayaran itu,

termasuk Castor dan Pollux, Hercules, Orpheus,

Peleus, dan Telamon.

UMUM 
PINTA

Pinta lihat Columbus, Christopher (Pelayaran

pertama ke Barat).

UMUM 
NEW HOLLAND

New Holland. Pada tahun 1642, Abel Tasman,

ahli pelayaran Belanda, hampir-hampir belayar

mengelilingi benua Australia. Peta Belanda

dihasilkan berdasarkan pelayarannya ke Australia,

Van Diemen’s Land (kini Tasmania), dan New

Guinea sebagai satu benua yang dikenali sebagai

Nova Hollandia (New Holland).

UMUM 
TANJUNG HORN

Tanjung Horn ialah bahagian paling selatan

Amerika Selatan. Ia terletak di hujung selatan

kepulauan Horn di Chile. William Schouten, ahli

pelayaran Belanda, menamainya sempena bandar

asalnya Hoorn, pada tahun 1616. Tanjung ini menjulur

jauh ke laut. Tebingnya curam dan pada beberapa

tempat setinggi 150 hingga 180 meter. Tumbuhan

kurang hidup di Tanjung Horn akibat iklim yang

sejuk. Kawasan sekitar tanjung ini terlalu kerap

dilanda ribut, hingga ahli pelayaran amat bimbang

apabila mengelilinginya. Banyak kapal kini mengelak

daripada melalui tanjung ini dan sebaliknya

menggunakan Terusan Panama.

UMUM 
DAVIS, JOHN

Davis, John (1543–1605), juga dieja Davys, ahli

pelayaran dan penjelajah Inggeris dan merupakan

orang Eropah yang pertama menemui selat yang

kini dikenali sebagai Selat Davis yang terletak di

antara Greenland dengan Kanada.

UMUM 
ASTROLAB

Astrolab ialah sejenis alat yang digunakan oleh ahli

astronomi dan ahli pelayaran awal untuk mengukur

sudut jasad samawi di atas ufuk. Ia terdiri daripada

sebuah cakera logam yang dipasangkan pada bingkai

bulat. Astrolab itu dibiarkan tergantung supaya tetap

tegak. Cakera tersebut mempunyai tempat

pemerhatian bagi mencerap bintang dan bingkainya

mempunyai serangkaian tanda bagi mengukur

ketinggian bintang itu.

Astrolab telah digantikan oleh sekstan dan alat

lain yang lebih tepat.

Lihat juga Sekstan.

UMUM 
ARMADA PERTAMA

Armada Pertama membawa banduan pertama

dari Britain ke Australia pada tahun 1788. Pelayaran

ini mengambil masa lapan bulan.

Persediaan. Pada bulan Ogos 1786, Teluk

Botany, di pantai timur Australia dinamakan

sebagai tempat baru bagi menerima banduan yang

dibawa dari Britain. Admiraliti Inggeris mula

mengatur Armada Pertama, yang akan mengangkut

kira-kira 700 banduan, berserta pegawai dan askar

marin untuk mengawal banduan itu.

UMUM 
12345

Kembali ke atas