Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.le.bu.ran] | ڤلبورن

Definisi : 1. perbuatan (kerja, proses, dsb) meleburkan sesuatu (logam dll); 2. tempat meleburkan sesuatu (logam dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.bu.ran] | ڤلبورن

Definisi : 1 perbuatan atau cara meleburkan (logam); hal menjadi lebur. 2 tempat meleburkan (logam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peleburan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PELEBURAN ZON UMUM 
SUHU PELEBURAN POLIMERSuhu berlakunya perubahan keadaan polimer daripada pepejal ke cecair. Pada takat suhu peleburan, polimer mengalami perubahan sifat fizikal secara mendadak. Bahan polimer tidak mempunyai suhu peleburan yang tajam seperti bahan bermolekul kecil yang ringkas, contohnya air yang melebur tepat pada suhu 0ºC.KEJURUTERAANDisiplin Ilmu
DARBY, ABRAHAM

Darby, Abraham (1677–1717), memulakan

revolusi kaedah penuangan besi. Kejayaannya yang

utama ialah penggunaan arang kok berbanding

dengan penggunaan batu arang untuk proses

peleburan.

UMUM 
BATUAN METAMORF

Batuan metamorf, batuan yang terbentuk akibat suhu dan tekanan yang tinggi tanpa melibatkan peleburan batuan tersebut.

GEOGRAFI DAN GEOLOGISumber/Bahan Alam
SUHU PERALIHAN KACASuhu bagi sesuatu bahan polimer berubah daripada keadaan tegar (keadaan berkaca) ke keadaan lembut dan boleh lentur (keadaan bergetah). Peralihan yang biasa berlaku pada bahan berberat molekul rendah ialah perubahan keadaan antara pepejal, cecair, dan gas. Bagi bahan berberat molekul tinggi seperti polimer, peralihan ke keadaan gas tidak pernah tercapai kecuali jika terjadi tindak balas penguraian. Peralihan daripada keadaan pepejal ke cecair juga tidak jelas dan tidak berlaku secara mendadak, melainkan jika polimer itu mempunyai kehabluran yang tinggi. Bagi bahan polimer biasa, zon peralihan yang penting ialah peralihan kaca Tg dan peleburan hablur Tm.KEJURUTERAANDisiplin Ilmu

Kembali ke atas