SLOTH | Sloth ialah nama biasa bagi famili haiwan di Amerika Selatan yang bergerak dengan perlahan dan pelik. Apabila bergerak di atas pokok, ia berjalan terbalik, tergantung dari dahan. Sloth boleh tergantung dengan sangat kuat dari dahan dengan cakarnya bak cangkuk hinggakan ia tidur dalam keadaan ini. Malah sloth mungkin terus bergayut pada pokok untuk beberapa masa selepas ia mati. | UMUM | |
STONECHAT | Stonechat ialah nama burung kecil yang hidup di Eropah, Asia dan Afrika. Namanya berasal daripada bunyinya yang pelik, seperti bunyi dua ketul batu yang diketuk bersama. Burung jantan mempunyai kepala dan leher berwarna hitam dan bahagian bawahnya berwarna perang berangan. Burung betina berwarna lebih malap. Stonechat adalah aktif tahu. Ia biasanya hidup di tempat lapang, berumput. Ia membuat sarang di atas tanah, di bawah rumpun rumput dan memakan larva serangga, cacing, kumbang dan biji-bijian. Ia bertelur dari tiga hingga enam biji telur, berwarna biru kehijauan, berbintik-bintik malap. Stonechat di Eropah dan Asia berhijrah ke selatan pada musim sejuk. Pengelasan saintifik: Stonechat tergolong dalam subfamili thrush, Turdinae. Ia adalah Saxicola torquata. | UMUM | |
SPARK, MURIEL | Spark, Muriel (1918– ) ialah wanita British yang terkenal kerana novel pendeknya. Spark mengisi novelnya dengan dialog yang berjenaka, watak aneh, dan peristiwa pelik. Unsur ini biasanya humor, tetapi Spark mengolahnya untuk mendalami persoalan moral dan agama yang serius. | UMUM | |
POKOK BERINGIN | Pokok beringin ialah sejenis pokok ara yang tumbuh di India dan negara-negara jiran. Satu pokok beringin mempunyai banyak batang dan boleh kelihatan seperti hutan kecil. Pokok ini tumbuh dengan pelik. Burung menggugurkan biji beringin ke atas dahan teratas pokok palma dan pokok-pokok lain. Biji ini bercambah di atas silara pokok dan dahan pun tumbuh. Akhirnya, dahan mengeluarkan akar yang mencecah tanah. Topang ini kemudiannya membesar menjadi batang dan tumbuh dahan baru. Lama-kelamaan, pokok beringin membunuh pokok topang dengan menjerutnya. | UMUM | |
SURAH AL-QASAS | Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 88 ayat. Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari mula kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya sebagai rasul. Di dalam surah ini juga terdapat peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang menggambarkan dengan jelas pemeliharaan dan pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya (kekasih-Nya) dan mengecewakan musuh-musuh- Nya. | UMUM | |
TARANTULA | Tarantula ialah nama biasa bagi mana-mana satu daripada sekumpulan labah-labah yang kebanyakannya besar, berbulu. Tarantula didapati dalam iklim panas di seluruh kawasan tropika. Sesetengah tarantula hidup lebih daripada 20 tahun. Tarantula mendapat namanya daripada labah-labah serigala yang besar yang terdapat di sekitar Taranto, di selatan Itali. Orang di kawasan ini pernah percaya bahawa gigitan labah-labah ini menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai tarantisme . Mangsa kononnya meloncat ke udara dan berlari-lari sambil mengeluarkan bunyi yang pelik. Mengikut kepercayaan karut ini, ubat yang terbaik adalah tarian rakyat Itali yang rancak, yang menjadi terkenal sebagai tarantella . | UMUM | |
BOSCH, HIERONYMUS | Bosch, Hieronymus (1450?–1516), pelukis Belanda. Dia dikenali kerana mencipta triptych (lukisan kembar tiga) yang imaginatif. Kebanyakan lukisan Bosch mempunyai latar belakang landskap yang penuh sesak dengan orang cacat, raksasa yang aneh, haiwan yang herot, makanan yang besar dan pelik bentuknya, dan kadangkala objek yang sukar dikenal pasti. Karyanya mencerminkan pengaruh kiasan dan permainan kata-kata Belanda, kesusasteraan rakyat, cerita ibarat daripada Bible, ilmu sihir, alkimia, dan astrologi. | UMUM | |