POLIVINIL KLORIDA (PVC) | Polivinil klorida (PVC) ialah bahan plastik yang kuat, tahan lama. Ia mudah bercampur dengan pelincir, pengisi, dan pewarna untuk membuat plastik yang mempunyai banyak sifat yang berbeza. Terdapat dua jenis asas plastik PVC – tegar dan fleksibel. Keluaran yang dibuat daripada plastik PVC tegar termasuk botol, paip, dan bahan sisian bingkai tingkap. Keluaran yang dibuat daripada plastik PVC mudah dibentuk termasuk pakaian hujan, tirai mandi, hos, dan bahan penebat elektrik. | UMUM | |
MCCOY, ELIJAH | McCoy, Elijah (1844?–1929) ialah jurutera dan pencipta kulit hitam Amerika yang mencipta pelincir automatik. | UMUM | |
YOUNG, JAMES | Young, James (1811–1883), ahli kimia Inggeris, yang menjadi perintis dalam industri petroleum. Pada tahun 1847, dia mula membuat pelincir dan lilin parafin daripada petroleum yang memancut keluar di lombong batu arang di Derbyshire. | UMUM | |
MINYAK GAS | Minyak gas adalah satu pecahan (bahagian) apabila petroleum dipisahkan melalui penyulingan. Minyak gas didapati lebih kurang pada “pertengahan” penyulingan. Ia lebih berat daripada petrol dan parafin, dan lebih ringan daripada sulingan lube , yang dijadikan minyak pelincir dan lilin. Nama minyak gas diperoleh daripada penggunaan minyak ini dalam pengeluaran bahan api gas. Minyak gas ditukarkan kepada pecahan petroleum yang lebih ringan, seperti petrol dan bahan kimia. Ia juga digunakan untuk minyak diesel dan minyak bahan api. Lihat juga Petroleum (Penapisan petroleum). | UMUM | |
MINYAK MINERAL | Minyak mineral ialah cecair yang jernih, tidak berwarna, dan berminyak yang hampir tiada rasa atau bau. Ia juga dinamakan parafin cecair, petrolatum cecair, minyak mineral putih, dan minyak parafin putih . Minyak mineral digunakan dalam sediaan ubatan dan kosmetik seperti julap dan tonik rambut. Ia juga digunakan sebagai pencair (pelarut) dalam pembuatan plastik, dan sebagai pelincir dalam operasi perindustrian. Minyak mineral diperoleh apabila pecahan (bahagian yang diasingkan) petroleum dididihkan pada 316C hingga 399C. | UMUM | |