JALUR PELINDUNG | Jalur pelindung, sebaris atau lebih pokok-pokok atau pokok renek yang ditanam bagi melindungi tanah, tanaman, dan ternakan daripada angin, salji, dan matahari. | PERTANIAN | Konsep |
SURAH AL-‘ANKABUT | Surah al-‘Ankabut ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-29 mengikut susunan surah dalam al-Qur’an dan mengandungi 69 ayat. Ia dinamakan Surah al-‘Ankabut (Labahlabah) kerana Allah S.W.T. membuat perbandingan penyembahan kepada berhala yang dipahat dan sangkaan berbilang tuhan dengan labah-labah, sebagaimana yang disebutkan dalam ayat 41 yang bermaksud: “Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain daripada Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya)...”. (Surah al-‘Ankabut 29:41) | UMUM | |
PICKERING, WILLIAM | Pickering , William (1840–1907) ialah kakitangan awam British yang menjadi pelindung pertama orang Cina di Singapura pada tahun 1877. Pada masa itu, ejen British melakukan pengambilan kuli (buruh kasar) di China dan menghantar mereka ke Singapura untuk bekerja. Ramai ejen melayan kuli- kuli tersebut dengan buruk sekali, membawa mereka ke Singapura dalam kapal-kapal yang sesak, malah memaksa mereka pergi ke negara lain yang di luar kemahuan mereka. Tugas Pickering sebagai pelindung adalah untuk menghentikan layanan buruk ini. Dia mempunyai personaliti yang tegas dan fasih membaca serta bertutur dalam bahasa Cina. Di bawah kepimpinannya, badan perlindungan ini menjadi sebuah institusi yang amat disanjung tinggi. Selain melindungi kuli dan pendatang wanita, Pickering juga bertindak terhadap persatuan kongsi gelap Cina dan menguatkuasakan peraturan ketat sebagai langkah mengawal perjudian. | UMUM | |
KUKU | Kuku ialah pelindung keras yang menutupi permukaan atas di hujung setiap jari tangan dan kaki. | UMUM | |
MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU | Majlis Raja-raja Melayu ialah badan penasihat yang bertindak sebagai pelindung institusi raja, keistimewaan kemuliaan dan kehormatan raja-raja Melayu. Ia dianggotai oleh raja atau sultan Tanah Melayu. | UMUM | |
MENYADUR ANOD | Menyadur anod ialah sejenis elektrolisis yang digunakan untuk menyalut logam dengan lapisan pelindung oksida. Logam bertindak sebagai anod (kutub Positif) sel elektrolit. Ion oksida bercas negatif dialirkan menerusi larutan yang dinamakan elektrolit, dan mengoksidakan permukaan logam. Aluminium boleh disadur anod dalam larutan asid sulfurik. Magnesium sering disadur anod dalam larutan dikromat. | UMUM | |
KHITON | Khiton ialah haiwan laut yang mempunyai kulit pelindung keras. Kulit kebanyakan khiton terdiri daripada lapan lapis yang bertindan-tindih dan melekat pada isi yang liat. | UMUM | |
KIMA | Kima ialah haiwan berbadan lembut yang ditutupi dengan cangkerang pelindung. Kima hidup di dasar lautan, tasik dan anak sungai di banyak bahagian di dunia. Ia memakan organisma air yang halus yang dikenali sebagai plankton. | UMUM | |
SAMPUL SURAT | Sampul surat ialah lipatan kertas yang digam. Ia berfungsi sebagai sampul untuk mengisi surat dan kertas lain yang ingin dipos, atau ia juga bertindak sebagai pelindung daripada kehilangan atau kerosakan. Sampul surat diperbuat daripada helaian kertas tunggal yang dilipat, oleh itu hanya satu sahaja penutup yang terbuka. Penutup ini digam supaya sampul surat boleh ditutup setelah surat atau kertas dimasukkan. Sampul surat yang berperekat sendiri menggunakan gam yang tidak perlu lagi dilembapkan untuk dilekatkan. Mesin yang pertama berjaya membuat sampul surat telah dipatenkan pada tahun 1849 oleh J.K. Park dan C.S. Watsen dari New York City. Pada tahun 1898, John Ames Sherman telah mematenkan mesin pencetak sampul surat yang telah banyak diperbaik, mengurangkan kos membuat sampul surat bergam. | UMUM | |
ARGON | Argon, unsur kimia, ialah gas yang merupakan 0.94 peratus daripada atmosfera bumi. Kebanyakan mentol lampu biasa diisi dengan argon dan sedikit nitrogen. Argon juga digunakan sebagai gas pelindung dalam kimpalan arka untuk melindungi logam daripada oksigen di udara. Gas ini ditemui pada tahun 1894 oleh Lord Rayleigh dan Sir William Ramsay. | UMUM | |