PENGAJIAN MELAYU DI RUSIA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI RUSIA, pusat pengajian bahasa Melayu. Pembelajaran bahasa Melayu/Indonesia dimulai di Univesiti Soviet selepas Perang Dunia Kedua (1945) dan di Institut Ketenteraan Bahasa Asing (Moscow). Semenjak tahun 1948, pengajaran bahasa ditempatkan di Institut Ketimuran Moscow. Pelopor pengajaran bahasa Melayu di Moscow ialah L. Mervart yang dibantu oleh dua orang Indonesia iaitu Muso dan Semaoen, yang pernah menghasilkan sebuah novel dalam bahasa Melayu berjudul Hikayat Kadirun. Pengajaran bahasa Melayu/Indonesia sehingga kini diteruskan di Institut Perhubungan Antarabangsa Moscow (yang merangkumi Institut Ketimuran Moscow pada tahun 1954) dan di Institut Bahasa Timur (kini Institut Negara-Negara Asia dan Afrika) di bawah Universiti Moscow. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
DATUK BATUAH | DATUK BATUAH (? -1950-an), ulama dan pemimpin politik Indonesia. Nama sebenarnya ialah Ahmad Chatib. Dia memegang jawatan tradisi sebagai penghulu adat dari Koto Lawas (Padang Panjang) dan mendapat pendidikan agama daripada Syekh Haji Abdul Karim Amrullah. Dia ialah salah seorang pelopor penubuhan pembaharuan sistem pengajaran Islam dan pelopor Sekolah Agama Sumatera Thawalib. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DATUK SUTAN MAHARADJA | DATUK SUTAN MAHARADJA (1860 -1921), pelopor persuratkhabaran Melayu di Sumatera, Indonesia. Dia lahir di Sulit Air, Sumatera, Indonesia. Dia bersekolah Eropah di Kota Padang pada tahun 1873. Meskipun tidak tamat, dia belajar hukum daripada seorang jaksa dan peguam. Pada tahun 1882, Datuk Sutan Maharadja dilantik sebagai pembantu jaksa di Indrapura dan sebagai jaksa di Padang dan Pariaman, hingga tahun 1891. Dia bekerja sebagai wartawan Palita Ketjil, akhbar Melayu yang tertua di Sumatera (pertama terbit awal 1880-an). Melalui Palita Ketjil, dia melawan pemikiran agama yang antitarekat dan adat matrilineal yang disuarakan oleh seorang ulama Minangkabau, Syekh Ahmad Chatib. Pada tahun 1895, dia bekerja dengan Warta Berita, dan pada tahun 1904, dia bekerja dengan Tjaja Soematera. Melalui akhbar ini, dia melancarkan ‘revolusi adat demokratis’ melawan keabsahan kedudukan Tuanku Panglima Regen, penguasa peribumi tertinggi dan bangsawan Padang. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |