Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lun.tur] | ڤلونتور

Definisi : ubat pencuci perut (utk menyenangkan buang air). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lun.tur] | ڤلونتور

Definisi : bahan utk melunturkan kain dll; serbuk ~ sj serbuk yg digunakan utk meluntur­kan (memutihkan) kain dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lun.tur] | ڤلونتور

Definisi : bahan utk melunturkan warna kain dll: serbuk ~ serbuk yg digunakan utk melunturkan warna dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peluntur


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PELUNTUR UMUM 
SULFUR

Sulfur ialah unsur kimia bukan logam, berwarna

kuning yang didapati di banyak bahagian di dunia.

Simbol kimia bagi sulfur ialah S. Ia telah digunakan

untuk pelbagai tujuan selama beratus-ratus tahun.

Orang Yunani dan Rom purba menggunakan sulfur

sebagai pencuci, peluntur, dan ubat. Unsur ini

kemudiannya menjadi penting sebagai satu daripada

bahan utama dalam serbuk letupan. Hari ini, sulfur

digunakan dalam pelbagai keluaran dan proses

industri.

UMUM 
OZON

Ozon ialah bentuk oksigen yang terdapat dalam

atmosfera bumi dalam jumlah yang kecil. Ozon

yang terdapat di atmosfera atas merupakan faktor

utama yang membolehkan terdapatnya kehidupan

di muka bumi. Tetapi ozon yang terdapat dalam

atmosfera bawah menyumbang kepada

pencemaran udara. Ozon digunakan secara

komersial dalam proses penyulingan air dan

sebagai agen peluntur.

UMUM 

Kembali ke atas