Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemainnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MELOFON

Melofon ialah sejenis alat muzik bras melengkung

yang menyerupai hon Perancis. Pemainnya

menghasilkan not dengan meniup ke dalam

mouthpiece berbentuk cawan dan menggetarkan

bibirnya. Pemainnya menukar not dengan cara

mengubah-ubah tegangan bibir dan penjarian tiga

injap alat ini.

UMUM 
PINGPONG

Pingpong ialah permainan dalam dewan yang

menyerupai permainan tenis. Pemainnya

menggunakan raket yang dikenali sebagai raket

atau daun bet untuk memukul bola melepasi jaring

yang dipasang merentangi meja pingpong. Pemain

memperoleh mata apabila pihak lawan tidak dapat

mengembalikan bola yang dipukulnya. Pingpong

boleh dimainkan oleh dua atau empat orang. Jika

dimainkan oleh dua orang pemain, ia dikenali

sebagai perseorangan . Jika ia dimainkan oleh

empat orang pemain, ia dikenali pula sebagai

beregu .

UMUM 
PERMAINAN LUNCUR AIR

Permainan luncur air, sejenis sukan air yang

menguja dengan pemainnya “menunggang” buih

ombak di lautan. Penduduk di pulau yang kini

dikenali sebagai Hawaii telah bermain luncur air

sebelum penjelajah Christopher Columbus belayar

ke Dunia Baru pada tahun 1492. Sekarang permainan

luncur air sangat popular di banyak negara, termasuk

Australia , Brazil, Perancis, Indonesia, Jepun, Portugal,

Peru , Afrika Selatan, dan Amerika Syarikat.

UMUM 
ORGAN TANGAN

Organ tangan ialah nama umum untuk

beberapa jenis alat muzik yang menghasilkan

muzik apabila pemainnya memutar hendalnya.

Jenis yang paling umum ialah organ putar, atau

organ piano, yang dimainkan oleh pemuzik jalanan.

Alat ini terdiri daripada sebuah kotak yang

mengandungi paip atau pipit lelidah logam dan

silinder, yang dikenali sebagai tong, di mana

pancang disusunkan. Apabila tong dipusing,

pancang akan membuka injap pada paip tertentu.

Putaran tersebut akan menyebabkan asakan masuk

udara ke dalam paip yang terbuka lalu

mengeluarkan muzik.

UMUM 
SHINTY,

Shinty sejenis permainan yang dimainkan di

Scotland. Shinty juga dikenali sebagai camanachd.

Terdapat 12 orang pemain bagi satu-satu pasukan.

Permainan ini serupa dengan permainan hoki,

tetapi pemainnya menggunakan kayu yang lebih

pendek yang dinamakan caman. Setiap pasukan

cuba membuat jaringan dengan memasukkan bola

ke dalam hail (gol) yang berukuran 4 meter lebar

dan 3 meter tinggi. Permainan ini terbahagi kepada

dua bahagian, setiap satu diberi masa 45 minit.

Pemain boleh memukul bola dengan mana-mana

bahagian caman, sama ada bola itu berada di udara

atau di tanah. Permainan ini lebih pantas dan lebih

ganas daripada hoki. Pertandingan utama adalah

untuk merebut Piala Pusingan Persatuan

Camanachd.

UMUM 
NADA

Nada ialah istilah muzik yang digunakan untuk

menerangkan nada kunci komposisi muzik itu

dikarang. Nyanyian yang dikarang dengan nada C

mempunyai C sebagai nada kuncinya, iaitu pusat

nada tengah skala C. Nada termasuk ton skala dan

kesemua kod yang dibuat daripada ton tersebut.

Nada pertama skala itu dikenali sebagai nada kunci

atau tonik, dan nada itu mendapat namanya daripada

nada pertama. Tiap-tiap satu daripada 12 skala major

dan 12 skala minor mempunyai satu nada kunci.

Istilah nada juga bererti jari kelengkeng yang

membuka dan menutup lubang-lubang bunyi pada

alat tiup seperti klarinet atau basun. Alat seperti piano

atau organ mempunyai tuas yang dikenali kekunci.

Pemainnya menekan kekunci tersebut untuk

menghasilkan bunyi.

UMUM 

Kembali ke atas