DIPLODOCUS | Diplodocus ialah dinosaur pemakan tumbuhan yang benar-benar panjang dan lampai, yang hidup 150 juta tahun dahulu, di kawasan yang kini adalah di barat Amerika Syarikat. Ia tergolong dalam kumpulan dinosaur raksasa pemakan daun, yang dikenali sebagai sauropod. | UMUM | |
DUGONG | Dugong ialah mamalia pemakan tumbuhan yang tinggal di perairan pantai yang cetek dan panas di Laut Merah dan Lautan Hindi hingga sejauh Australia di selatan. | UMUM | |
TIRANNOSAURUS | Tirannosaurus atau tyrannosaurus ialah dinosaur pemakan daging yang besar, yang hidup kira-kira 68 hingga 65 juta tahun dahulu di tempat yang kini adalah barat Amerika Utara. Nama Tirannosaurus dalam bahasa Inggeris bermakna cicak kejam. Tyran ialah pemerintah yang kejam, berkuasa. Tirannosaurus mendapat namanya kerana ahli sains menyangka bahawa haiwan besar demikian tentunya menguasai semua haiwan lain, membunuh mengikut kehendaknya. Nama saintifik bagi spesies ini ialah Tirannosaurus rex . | UMUM | |
TIKUS BULAN | Tikus bulan ialah nama bagi lima spesies mamalia pemakan serangga dari China dan Asia Tenggara. Tikus bulan, yang kadangkala dikenali sebagai landak tanpa spina, mempunyai muncung yang panjang dan ekor yang terbina dengan baik. Bulunya kasar. Tikus bulan besar adalah spesies yang terbesar, sebesar arnab. Ia biasanya berwarna hitam dengan kepalanya berwarna keputihan dan tanda mata hitam. Tikus bulan memakan serangga, cacing, krustasea, moluska, ikan dan mamalia yang lebih kecil. Pengelasan saintifik. Tikus bulan termasuk dalam order Insectivora, famili, Erinaceidae. Tikus bulan terbesar ialah Echinosorex gymnurus . | UMUM | |
DIPROTODON | Diprotodon ialah marsupial terbesar yang pernah hidup. Beratnya kira-kira dua metrik tan, iaitu lebih kurang saiz badak sumbu. Diprotodon ialah pemakan tumbuhan, yang tinggal di Australia dan New Guinea. | UMUM | |
RIBA | Riba ialah caj faedah pada kadar yang tinggi, yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam. Di sesetengah negara, riba ditafsirkan sebagai caj faedah yang dikenakan melebihi daripada kadar maksimum yang sah di sisi undang-undang. Orang perseorangan atau institusi yang mengenakan kadar yang lebih daripada yang dibenarkan di sisi undang-undang dikenali sebagai pemakan riba . | UMUM | |