PEMANASAN | | UMUM | |
KESAN RUMAH HIJAU | Kesan rumah hijau ialah pemanasan dekat permukaan bumi yang berlaku apabila atmosfera bumi memerangkap haba matahari. Tanpa kesan ini, purata suhu permukaan bumi adalah kira-kira 33°C lebih rendah daripada yang ada. | UMUM | |
METALURGI SERBUK | Metalurgi serbuk ialah proses yang menurunkan logam kepada bentuk serbuk dan menekan serbuk itu menjadi bentuk agak terbatas. Proses pemanasan yang dikenali sebagai pensinteran digunakan untuk mengikat serbuk logam dan menambah kekuatan kepada keluaran siap (lihat Pensinteran). | UMUM | |
MEMASAK | Memasak ialah menyediakan makanan untuk dimakan. Memasak menjadikan makanan kelihatan lebih menyelerakan dan mudah dihadam. Kebanyakan proses memasak melibatkan pemanasan makanan. Namun, ada juga makanan yang tidak perlu dimasak seperti sandwic dan salad. Ramai orang suka memasak untuk mengisi masa lapang. | UMUM | |
PERISAI HABA | Perisai haba ialah penutup pada kon muncung kapal angkasa atau roket. Ia melindungi angkasawan dan peralatan daripada haba yang amat panas yang dikeluarkan semasa penerbangan kelajuan tinggi melalui atmosfera. Pemanasan demikian berlaku apabila kapal angkasa turun dari orbit bumi. Atom dan molekul udara menjana haba melalui geseran terhadap permukaan kapal angkasa. | UMUM | |
MOND, LUDWIG | Mond, Ludwig (1839–1909) ialah ahli kimia British kelahiran Jerman, yang membantu menubuhkan syarikat kimia yang kini dikenali sebagai Imperial Chemical Industry (ICI). Penemuan Mond banyak membawa kemajuan dalam perindustrian kimia. Proses kimia yang direkanya termasuk mendapatkan sulfur daripada bahan buangan alkali; proses untuk membuat klorin; pengeluaran gas pengeluar untuk pemanasan; dan ekstrasi nikel daripada bijih tertentu. Dia juga mereka bateri gas. Mond lahir di Kassel. Dia menerima pendidikan di universiti di Marburg dan Heidelberg dan dilatih oleh Robert Bunsen. Dia menetap di Britain pada tahun 1862. Lihat juga Industri kimia. | UMUM | |
ALIRAN PELBAGAI FASA | Misalnya dalam proses pengeluaran gas, walaupun nisbah gas terhadap cecair adalah tinggi, kewujudan cecair walaupun sedikit, boleh memberi kesan yang tinggi kepada fenomena aliran di dalam paip. Dalam industri kimia pula, aliran pelbagai fasa yang terdapat di dalam peranti yang menjana stim dan sistem paip di dalam reaktor nuklear juga mengalami proses pemindahan haba. Keadaan ini menyulitkan lagi analisisnya. Haba yang diterima akan mengubah pecahan gas dan cecair dalam aliran pelbagai fasa tersebut. Dengan pemanasan, komposisi bendalir akan terus berubah. Pengaruh pemindahan haba terhadap aliran pelbagai fasa juga boleh menyebabkan sebahagian bendalir membeku. Masalah aliran pelbagai fasa amat kompleks keadaannya. Banyak pengetahuan banyak persamaan korelasi yang telah diolah....rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
SAVAGE | Savage ialah sebatang sungai di pergunungan barat laut Tasmania, Australia. Di sinilah terletaknya lombong bijih besi yang mengeluarkan hasil secara besar-besaran. Bijih besi gred rendah yang dikenali sebagai magnetit dikeluarkan daripada lombong dedah berhampiran sungai. Magnetit itu ditumbuk menjadi debu, dan zarah besi dikeluarkan daripadanya dengan menggunakan magnet. Air ditambah dan sluri dipam sejauh 87 kilometer melalui saluran paip ke Port Latta. Di situ, bijih besi dibentuk menjadi penabur yang diameternya kira-kira satu sentimeter, dan dikeraskan melalui proses pemanasan. Hampir 2 286 000 tan metrik penabur dipunggah setiap tahun ke dalam kontena besar untuk dieksport ke Jepun. | UMUM | |