DIOD PEMANCAR CAHAYA (LED) | | UMUM | |
STARK, JOHANNES | Stark, Johannes (1874–1957), ahli fizik Jerman yang terkenal kerana penemuannya tentang kesan Stark. Penemuan ini, iaitu pemisahan garis spektrum apabila atom pemancar berada dalam medan elektrik, menjadikannya memenangi Hadiah Nobel tahun 1919 bagi bidang fizik. Dia juga melihat perubahan frekuensi cahaya daripada atom yang bergerak dalam tiub discas gas. Ini adalah pencerapan pertama kesan Doppler optik daripada punca selain bintang (lihat Kerelatifan [Teori kerelatifan umum]). | UMUM | |
STEVENSON, ROBERT | Stevenson, Robert (1772–1850) ialah jurutera awam Scotland yang dikenali sebagai pembina rumah api. Dia membina 23 rumah api di sepanjang pantai Great Britain dan mencipta sebuah lampu pemancar yang digunakan untuk memandu arah kapal. Kerjanya yang paling terkenal ialah Rumah Api Bell Rock, yang direka bentuk dan dibina bersama dengan arkitek dan jurutera, John Rennie. Pemuisi Robert Southey mengabadikan Rumah Api Bell Rock ini dalam puisinya “Inchcape Rock”. Rumah api ini terletak di Laut Utara, 18 kilometer dari Dundee, Scotland. Stevenson lahir di Glasgow, Scotland. Pengarang Robert Louis Stevenson ialah cucunya. | UMUM | |
REOSTAT | p> Reostat ialah alat yang menaikkan atau menurunkan amaun rintangan dalam sesuatu litar elektrik. Dengan mengubah amaun rintangan, reostat mengawal aliran arus elektrik melalui sesuatu litar. Banyak jenis reostat digunakan dalam motor elektrik, pemancar radio, penjana, dan lainlain jenis kelengkapan elektrik. | UMUM | |
TELEMETRI | Telemetri bermakna mengukur dari jauh. Ahli sains dan jurutera menggunakan telemetri dalam berbagai-bagai cara. Ahli sains menghantar belon cuaca setinggi 30 kilometer atau 50 kilometer ke udara untuk mengukur suhu, tekanan, dan kelembapan udara di bahagian atas bumi. Pemancar radio yang dipasang pada belon menghantar semula maklumat tersebut ke bumi. | UMUM | |
MESIN TELETAIP | Mesin teletaip ialah mesin taip elektro mekanikal yang menghantar denyutan elektrik melalui dawai kepada alat penerima yang kemudiannya akan mencetak mesej tersebut. Semasa jurutaip menekan setiap mata taip pada alat penghantar, ia mengaktifkan denyutan elektrik yang bertindak balik menekan huruf yang sama pada penerima. Mesin teletaip biasanya disambung secara bersiri dan banyak alat penerima di berbagai-bagai tempat seluruh dunia boleh dikendalikan dari satu alat pemancar sahaja pada satu masa. | UMUM | |
ATHLONE | Athlone (pend. 8768) ialah bandar yang terbesar di Westmeath, Republik Ireland. Bandar ini terletak 112 kilometer di barat Dub lin di tebing Sungai Shannon. Untuk lokasinya, lihat Ireland (peta). Terdapat tinggalan tembok yang dibina dari tahun 1500-an dan tinggalan biara Franciscan yang dibina dari tahun 1200-an di bandar ini. Athlone mempunyai industri benang bulu dan tekstil. Ia juga merupakan pusat pasaran bagi ladang di sekitarnya. Sebuah pemancar radio didirikan dekat Athlone pada tahun 1933. | UMUM | |