Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.man.da.ngan] | ڤمندڠن

Definisi : 1. keupayaan (kemampuan) mata utk memandang, pelihatan: ~nya sudah kabur; 2. sl pemerhatian: pd ~ patik, ada juga sesuatu kedukaan tuanku, katakan kpd patik, mudah-mudahan dapat patik membicarakan dia; 3. keadaan (alam dll) yg indah dipandang: bukan buatan indah ~ dewasa itu; lukisan ~ lukisan bkn alam; 4. hasil memandang, pandangan: ~ dr depan berbeza dr belakang; 5. pendapat, pandangan, pengetahuan: memberikan ~nya tentang ciptaan itu; jauh perjalanan, luas ~ jauh perjalanan, luas pengetahuan; ~ umum pemandangan mengenai seluruh soal atau hal; 6. ulasan, komentar: ~ politik hari ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.man.da.ngan] | ڤمندڠن

Definisi : 1 kebolehan memandang; kekuatan mata utk memandang: ~nya sudah kabur. 2 keadaan alam sekeliling yg dpt dipandang: Di Malaysia, terdapat banyak ~ yg cantik dan menarik. 3 perbuatan (cara, hal dsb) memandang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPIRIT '76

Spirit ’76 ialah pemandangan patriotik yang

masyhur yang dilukis sekitar tahun 1875 oleh

pelukis Amerika, Archibald M. Willard.

Pemandangan ini menunjukkan seorang peniup

seruling bersama-sama dengan dua orang pemalu

gendang mengepalai askar Amerika ke medan

peperangan semasa Revolusi Amerika. Willard

melukis beberapa versi The Spirit of ‘76 ini.

UMUM 
MENARA BULAT

Menara bulat merupakan ciri-ciri yang menarik

pemandangan landskap di kebanyakan bahagian

Ireland. Menara-menara ini dibina berdekatan

gereja dan biara antara tahun 900-an M. dan tahun

1200-an. Ia digunakan sebagai menara loceng untuk

membunyikan loceng tangan dan sebagai tempat

persembunyian semasa berlakunya serangan oleh

pihak Viking. Ketinggian menara ini berbeza-beza,

dari 21 meter hingga 38 meter dan berdiameter

dari empat meter hingga 5.5 meter. Menara yang

masih ada dianggarkan berjumlah 100 buah.

UMUM 
OXFORDSHIRE

Oxfordshire ialah sebuah kaunti pertanian di

selatan tengah England dengan pemandangan

alam yang tidak tercemar, kampung-kampung yang

cantik, dan rumah-rumah bersejarah yang menarik

ramai pelancong. Ia terkenal kerana Oxford, iaitu

pusat pentadbirannya, mempunyai salah sebuah

universiti yang tertua dan terhebat di dunia. Sungai

Thames mengalir ke arah timur melalui kaunti ini.

Untuk lokasi Oxfordshire, lihat England (peta

politik)

UMUM 
AUSTRIA

Austria ialah negara kecil di tengah Eropah yang

terkenal dengan keindahan pemandangan

pergunungannya. Pergunungan Alps yang

menjulang dan kaki bukitnya terbentang merentasi

barat, selatan dan bahagian tengah negara ini. Di

banyak kawasan, lembah yang luas, dan

menghijau memisahkan gunung-ganang. Austria

mempunyai banyak tasik yang cantik dan jernih.

Hutan tebal meliputi kebanyakan tanah di negara

ini.

UMUM 
SURREY

Surrey ialah kaunti Inggeris yang terletak di

selatan London yang mempunyai pemandangan

yang indah dan bangunan-bangunan lama yang

masih terpelihara dengan baik. Amanah

Kebangsaan memiliki sesetengah bahagian kaunti

ini. Surrey mempunyai kaitan dengan ramai tokoh

terkenal. Tokoh reformasi, William Cobbett dan

ahli ekonomi, Thomas Malthus lahir di Surrey.

UMUM 
DEVON

Devon ialah sebuah kaunti di barat daya England

yang mempunyai pemandangan yang sangat

menarik dan pelbagai. Untuk lokasi, lihat England

(peta politik).

UMUM 
MONET, CLAUDE

Monet, Claude (1840–1926), pelukis Perancis

dan pemimpin terkemuka dalam gerakan

impresionis. Dia mempengaruhi seni lukis dengan

melukiskan tindak balas spontan peribadinya

kepada lukisan pemandangan luar atau peristiwa.

Pelukis awal cuba menggambarkan kajian di luar

secara pantas seperti trengkas. Kajian itu

digunakan sebagai “nota” untuk lukisan gambar

yang lebih hebat di studio. Monet ialah pelukis

yang pertama dan paling penting menggunakan

kesan impresi pemandangan di luar untuk

menjadikan hasil kerja yang sempurna. Dia amat

tertarik dengan kesan cahaya luaran dan keadaan

sekeliling. Kepekaannya tentang perkara tersebut

dapat dilihat dalam Rouen Cathedral (1895), yang

diterbitkan semula dalam rencana Seni lukis, dan

dalam La Grenouillere (1869).

UMUM 
SAHARA

Sahara ialah gurun yang terbesar di dunia. Ia

meliputi kawasan seluas 9 juta kilometer persegi.

Pemandangan gurun Afrika yang luas ini termasuk

banjaran gunung, penara berbatu-batan, dataran

berkelikir, dan tanah tandus berpasir. Gurun yang

gersang itu terpisah hanya oleh tanah penanaman

sepanjang Sungai Nil dan di oasis yang bertaburan.

UMUM 
YEATS, JACK BUTLER

Yeats, Jack Butler (1871–1957) ialah pelukis

Ireland, menjadi terkenal kerana hasil lukisan

pemandangan kehidupan orang Ireland yang

begitu romantik. Antara lukisannya yang terkenal

ialah Back from the Races dan The Maggie Man.

UMUM 
AMORSOLO, FERNANDOAmorsolo, Fernando (1892–1972) ialah salah seorang pelukis Filipina yang agung. Dia terkenal dengan lukisannya tentang kehidupan harian di Filipina. Landskap luar bandar Amorsolo termasuk pemandangan wanita-wanita muda sedang membasuh pakaian di sungai.UMUMUmum
1234

Kembali ke atas