Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemandangannya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAMAN NEGARA BANFF

Taman Negara Banff, didirikan pada tahun

1855, merupakan taman negara tertua di Kanada.

Pemandangannya yang menakjubkan telah menjadi

daya tarikan pelancong yang paling popular di

Kanada. Taman ini mempunyai banyak lembah

yang dalam, glasier, tasik dan gunung yang diliputi

ais. Ia terletak di bahagian timur Pergunungan

Rocky di barat daya provinsi Alberta.

UMUM 
TELUK NAPLES

Teluk Naples ialah serokan Laut Tyrrhenian,

yang merupakan cabang Laut Mediteranean. Teluk

ini terkenal dengan keindahan pemandangannya di

sepanjang pesisirannya dan airnya yang dalam

berwarna biru. Teluk Naples memanjang ke pantai

barat daya pantai Itali. Lebarnya kira-kira 32

kilometer di antara Tanjung Miseno dengan Point

Campanella dan merentang ke pedalaman sejauh

kira-kira 16 kilometer. Lihat juga Naples (gambar).

UMUM 
ACAPULCO

Acapulco (pend. 515 374) secara rasmi dikenali

sebagai Acapulco de Juárez, ialah pelabuhan dan

juga bandar percutian di Mexico. Pemandangannya

yang indah, dan iklim sederhana panas

menjadikannya salah satu tempat percutian yang

paling popular di dunia. Ia terletak di atas bukit

bukau berhutan di sepanjang pelabuhan semula

jadi yang dalam di pantai Pasifik Mexico. Bandar ini

terletak kira-kira 300 kilometer ke barat daya

Mexico City (lihat Mexico [peta politik]).

UMUM 
NEW MEXICO

New Mexico (pend. 1 521 779) ialah negeri di

barat daya Amerika Syarikat. Ia dikenali sebagai

Taman yang Mempesonakan kerana

pemandangannya yang indah dan kaya dengan

sejarah. New Mexico pernah diperintah oleh

Sepanyol, dan pengaruh Sepanyol jelas kelihatan

pada nama tempat, makanan, dan budaya

percutian.

UMUM 
SUNGAI ARNO

Sungai Arno berpunca di bahagian Etruscan di

Pergunungan Appenine di barat laut Itali. Sungai ini

mengalir ke barat kira-kira 240 kilometer lalu masuk

ke Laut Liguarian (lihat Itali [peta fizikal]). Hanya kira-kira

32 kilometer dari Sungai Arno adalah sesuai

untuk pelayaran. Bandar Florence dan Pisa terletak

di sepanjang tebingnya. Lembah Arno yang subur

mempunyai ladang anggur dan ladang pokok zaitun

dan juga terkenal kerana keindahan

pemandangannya. Lihat juga Florence; Pisa.

UMUM 
AUCKLAND

Auckland (pend. 855 571), berserta subbandarnya

dan bandar satelitnya, ialah pusat penduduk yang

terbesar di New Zealand. Lebih daripada suku

penduduk negara ini tinggal di sini. Penduduk di

kawasan Majlis Perbandaran Auckland adalah 315

668 orang. Kawasan bandarnya berpusat di bandar

Auckland . Ia juga termasuk bandar di sekeliling

Takapuna, Teluk Pantai Timur (East Coast Bays) dan

Birkenhead di utara; Waitemata dan Gunung Albert

di barat; Manukau, Papakura, dan Papatoetoe di

selatan; dan beberapa pekan lain. Kawasan pusat

perniagaannya terletak di sekitar Queen Street di

bandar Auckland. Iklim yang nyaman di Auckland,

peluang perniagaan dan rekreasi, dan keindahan

pemandangannya telah menarik kedatangan orang

dari Kepulauan Pasifik, Eropah, dan bahagian-

bahagian lain di New Zealand.

UMUM 

Kembali ke atas