PEMANDU AUTOMATIK | | UMUM | |
SYAF PEMANDU | Syaf pemandu lihat Kereta. | UMUM | |
STEWART, JACKIE | Stewart, Jackie (1939– ), salah seorang pemandu kereta lumba Britain yang paling berjaya. Sebelum bersara pada tahun 1973, dia telah memenangi 27 perlumbaan kejohanan Grand Prix Dunia dan memenangi gelaran Juara Pemandu Sedunia sebanyak tiga kali, iaitu pada tahun 1969, tahun 1971, dan tahun 1973. Dia menjadi naib juara pada tahun 1968 dan tahun 1972. | UMUM | |
AURIGA | Auriga, juga dikenali sebagai Pemandu Kereta Kuda atau the Charioteer, ialah nama buruj. Ia berada antara buruj Perseus dengan buruj Gemini. Capella merupakan bintang yang paling cerah dalam Auriga. Dalam mitologi, the Charioteer selalu mewakili Phaethon, anak Helios (lihat Phaethon ). | UMUM | |
MOTEL | Motel ialah tempat yang menyediakan kemudahan penginapan terutamanya kepada pemandu kereta. Kebanyakan motel terletak di persimpangan jalan besar yang sibuk, di kawasan pinggir bandar atau berhampiran lapangan terbang. Semua motel menyediakan kemudahan letak kereta secara percuma dan tetamu boleh sampai ke bilik secara terus. Sesetengah motel mempunyai restoran dan kolam renang. | UMUM | |
DE SEVERSKY, ALEXANDER PROCOFIEFF | De Seversky, Alexander Procofieff (1894–1974) ialah pemandu dan pereka kapal terbang, serta pihak tentera Amerika. Reka bentuk kapal terbang pejuangnya adalah yang termoden bagi era 1930-an | UMUM | |
MAKMAL PENDORONGAN JET | Makmal Pendorongan Jet (Jet Propulsion Laboratory) ialah pusat reka bentuk pesawat tanpa pemandu, dan pengawalannya di angkasa. Makmal ini dikendalikan oleh California Institute of Technology yang terletak di Pasadena, California, Amerika Syarikat. Ia melaksanakan tugas ini bagi pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan – National Aeronautics and Space Administration (NASA). | UMUM | |
MELIGAS | Meligas juga dikenali sebagai lumba abah-abah, merupakan satu perlumbaan kuda yang popular. Dalam meligas, setiap kuda menarik pemandu yang berada di dalam kenderaan ringan beroda dua yang dikenali sebagai sulky. Meligas popular di Australia, Kanada, New Zealand, dan Amerika Syarikat, serta kebanyakan negara Eropah. Berjuta-juta orang menyaksikan perlumbaan meligas setiap tahun. Kebanyakan perlumbaan berlangsung di trek perlumbaan yang besar di mana orang ramai boleh bertaruh ke atas kuda. | UMUM | |
KRONOMETER | Kronometer ialah alat yang menjaga masa dengan amat tepat. Pembuat jam menciptanya untuk kegunaan pada kapal kerana pemandu arah memerlukan jam yang tepat untuk menentukan kedudukan mereka di laut. Ahli astronomi dan ahli sains lain yang memerlukan pengiraan masa yang tepat juga menggunakan kronometer. | UMUM | |
DE PALMA, RALPH | De Palma, Ralph (1883–1956) ialah perintis perlumbaan kereta lumba Amerika. Pada tahun 1915, dia memenangi perlumbaan 805 kilometer Indianapolis Speedway dan menyandang gelaran pemandu kebangsaan pada tahun 1912 dan tahun 1914 | UMUM | |