Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.tang] | ڤماتڠ

Definisi : pematang (sesuatu bahan dsb) yg mematang­kan: bahan ~ dimasukkan bersama supaya buah-buahan itu cepat matang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.tang] | ڤماتڠ

Definisi : sesuatu (bahan kimia dsb) yg digunakan utk mematangkan: Bahan ~ dimasukkan ke dlm bungkusan bersama-sama dgn buah-buahan itu supaya buah-buahan tsb cepat matang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pematang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAM MALIK, TUN

Adam Malik, Tun (1917-1984), Menteri Luar dan Timbalan Presiden Republik Indonesia (1978-1983). Beliau dilahirkan pada 22 Julai 1917 di Pematang Siantar, Sumatera Utara, Indonesia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LAZUARDI ANWAR

LAZUARDI ANWAR (1937-    ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 12 April 1937 di Pauh, Pariaman, Minangkabau, Indonesia. Dia pernah menggunakan nama pena termasuklah Dyafanusa, Heni Fitria, Ade Mirsalino dan Yahendra. Dia mendapat pendidikan di sekolah rakyat, sekolah menengah pertama, kemudian di Sekolah Menengah Atas Negeri II A – C di Pematang Siantar, Sumatera Utara hingga tamat pada tahun 1961. Sewaktu di SMA, dia menubuhkan ‘akhbar dinding’ Cetusan Pelajar.

SASTERATokoh
TEUKU ISKANDAR

TEUKU ISKANDAR (1924 -       ) sarjana dan penyusun kamus. Dia lahir di Trieng Gading, Kota Sigli, Pidie, Aceh. Nama penuhnya ialah Teuku Iskandar bin Teuku Ali Basyah. Teuku Iskandar mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Belanda di Kota Sigli, kemudiannya Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO) di Kutaraja dan Algemeene Middlebare School (AMS) di Jakarta. Semasa Jepun memerintah Indonesia dia kembali semula ke Aceh untuk bersama-sama keluarganya. Dia pernah menjadi anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Pematang Siantar, Sumatera Utara, berjuang melawan tentera kolonial Belanda. Dia menjadi anggota TNI selama setahun (1946 – 1947).

SASTERATokoh

Kembali ke atas