Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.ha.ruan] | ڤمبهاروان

Definisi : perihal (perbuatan dll) membaharui: mereka ini hendak membawa satu ~ dlm agama Islam; mereka hanya cenderung kpd isi sehingga yg dimaksudkan oleh mereka sbg ~ ialah ~ isi belaka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembaharuan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ATATÜRK, KEMAL

Atatürk, Kemal (1881–1938) merupakan pengasas

dan presiden pertama Republik Turki. Dia menjadi

presiden dari tahun 1923 sehingga dia meninggal

dunia. Di bawah pimpinannya, Turki menerima pakai

pembaharuan-pembaharuan yang besar yang begitu

banyak mengubah keadaan politik, ekonomi, dan

masyarakat di negara Turki.

UMUM 
GERAKAN PEMBAHARUAN UMUM 
EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA

EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA, sistem ejaan yang ketiga menggunakan tulisan Latin atau Rumi bagi bahasa Indonesia selepas Sistem Ejaan Rumi van Ophuijsen dan Sistem Soewandi. Sistem ejaan tersebut dirancang oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Prof. Dr. Prijono dan E. Katoppo. Jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan surat keputusan Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan No. 44876/s bertarikh 19 Julai 1958, yang ditandatangani oleh Moehammad Yamin, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan pada waktu itu.

BAHASABahasa
RANG UNDANG-UNDANG PEMBAHARUAN

Rang undang-undang pembaharuan , di

England.

UMUM 
SANUSIYYAH, KERAJAAN

Sanusiyyah, Kerajaan (1350 H./ 1931 M.) ialah

gerakan pembaharuan yang bermetodologikan

tarekat sufi yang suci. Nama kerajaan Sanusiyyah

ini diambil bersempena nama pengasas Tarekat

Sanusiyyah, iaitu Muhammad ibn Ali al-Sanusi

al-Khitabi al-Hasani al-Idrisi. Ia merupakan

gabungan cara pendekatan al-Syeikh Muhammad

ibn ‘Abd al-Wahhab dengan beberapa unsur baik

yang terdapat dalam tarekat sufi. Oleh sebab itu,

tarekat ini tidak mendapat sebarang tentangan dari

para pengikut Syeikh Muhammad ibn ‘Abd al-

Wahhab yang tinggal di Hijaz. Tarekat ini

kemudiannya dipimpin oleh anaknya, al-Mahdiy

yang berjaya menyempurnakan tugas ayahnya. Dia

mengadakan banyak majlis-majlis sufi ( zawiyah )

sehingga pengaruhnya tersebar luas ke seluruh

pelosok negara. Kehebatannya menyebabkan pihak

penjajah memerhati pergerakannya. Oleh yang

demikian, al-Mahdiy terpaksa berpindah dari

Wahah Zaghbub ke Kafrah, kawasan pedalaman

yang berpadang pasir. Walau bagaimanapun,

terdapat beberapa pendapat yang cuba

menghuraikan perpindahan ini.

UMUM 
SULLA, LUCIUS CORNELLIUS

Sulla, Lucius Cornellius (138 S.M.–78 S.M.),

melakukan pembaharuan dalam kerajaan Rom. Dia

ialah Jeneral Rom pertama yang menggunakan

tentera bagi menentang musuh politik. Ahli politik

terkemudian, termasuk Julius Caesar, mengikut

contohnya.

UMUM 
PETERLOO

Peterloo ialah nama suatu peristiwa pada tahun

1819. Pergolakan sosial di England menyebabkan

orang ramai menuntut pembaharuan di parlimen.

UMUM 
NICHOLAS I

Nicholas I (1796–1855) ialah tsar Rusia dari tahun

1825 hingga kematiannya pada tahun 1855. Baginda

terkenal kerana pemerintahannya yang kejam,

walaupun berlaku beberapa pembaharuan sosial dan

ekonomi pada zaman pemerintahannya.

UMUM 
KIAI HAJI AHMAD DAHLAN

Kiai Haji Ahmad Dahlan (1868–1923), tokoh

agama dan ulama Indonesia. Dia ialah pelopor

pembaharuan Islam di Indonesia dan pengasas

pertubuhan Muhammadiyah.

UMUM 
MOYOLA, LORD

Moyola, Lord (1923–2002) ialah Perdana Menteri

Ireland Utara dari tahun 1969 hingga tahun 1971.

Nama sebenarnya ialah James Dawson Chichester-

Clark. Semasa dia mula dilantik, dia telah dirayu

untuk meneruskan pembaharuan yang dimulakan

oleh perdana menteri sebelumnya, Terence

O’Neill. Tetapi pertama sekali, dia perlu

mengembalikan kedamaian di wilayah tersebut,

selepas berlakunya kekacauan. Dia juga perlu

memulihkan semula perpecahan yang berlaku

dalam Parti Kesatuan Ulster. Pada awalnya dia

mendapat sedikit kejayaan di dalam kedua-dua

usaha tersebut tetapi rusuhan yang serius berlaku

pada bulan Ogos 1969. Dia terpaksa meminta

kerajaan United Kingdom menghantar tentera

untuk menjaga keamanan.

UMUM 
1234

Kembali ke atas