Serpihan peluru ialah sejenis kelongsong peluru meriam yang dicipta oleh Leftenan (kemudiannya Leftenan Jeneral) Henry Shrapnel (1761–1842). Kelongsong peluru ini mengandungi sejumlah bebola dan serbuk peletup yang memecahkan kelongsong peluru. Tentera British menggunakan peluru pertama jenis ini di Surinam pada tahun 1804. Semasa Perang Dunia I (1914–1918), serpihan peluru ini dianggap peluru pembinasa anggota yang paling boleh diharapkan dan berkesan. Semenjak Perang Dunia II (1939– 1945), perkataan ini biasanya merujuk kepada serpihan keluli pembalut kelongsong peluru meriam yang dilontar melalui letupan, walaupun sesetengah jenis kelongsong peluru yang dipenuhi dengan serpihan keluli masih digunakan. Lihat juga Meriam; Peluru. |