Strassmann, Fritz (1902–1980) ialah ahli kimia Jerman. Usahanya bersama Otto Hahn, ahli kimia Jerman, dan Lise Meitner, ahli fizik nuklear Austria, membawa kepada penemuan pembelahan nuklear (pemecahan nukleus atom). Pada tahun 1938, Strassmann dan Hahn mendapati bahawa pembedilan atom urnium dengan neutron menghasilkan unsur barium (lihat Barium). Meitner dan Frisch, ahli fizik Austria, Otto Frisch pada tahun 1939, menjelaskan bahawa neutron telah membelah nukleus uranium, menghasilkan nukleus barium dan unsur-unsur lain. |