Aspirin, juga dikenali sebagai asid asetilsalisilik , ialah salah satu ubat yang paling biasa digunakan di dunia. Ia membantu melegakan sakit akibat pening dan artritis dan mengurangkan demam akibat infeksi. Ia juga melegakan radang yang disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Di samping itu, aspirin mengganggu pembekuan darah, dan dengan itu ia berguna bagi mencegah serangan jantung, sesetengah strok dan gangguan-gangguan lain yang melibatkan pembekuan darah. Ia adalah ramuan aktif dalam banyak jenama dagang, pelega sakit tanpa preskripsi. |