PEMBELIAN LOUISIANA | | UMUM | |
SEWA BELI | Sewa beli ialah satu kaedah pembelian secara hutang. Kedai yang menjual barangan secara sewa beli selalunya menghendaki pembeli membayar sebahagian daripada harga barangan pada masa ia dijual. Pembeli kemudiannya akan membuat beberapa kali bayaran yang sama banyaknya seperti yang dinyatakan, sehingga bayaran dilunaskan sepenuhnya. Bayaran ini dikenali sebagai bayaran tertunda dan tempoh masa pembayarannya boleh dilanjutkan. | UMUM | |
TELEPRINTER SAHAM | Teleprinter saham ialah petunjuk elektronik yang menunjukkan pembelian dan penjualan stok dan saham. Ia selalunya terpapar di skrin video. Petunjuk ini mencatatkan setiap urus niaga termasuk nama syarikat yang menerbitkan saham, bilangan saham yang terlibat, dan saham yang dibeli atau dijual. | UMUM | |
SYARIKAT | Syarikat ialah perusahaan perniagaan tempat manusia bekerja bersama-sama untuk tujuan pengilangan, pembelian, atau tempat penjualan barangan, atau tempat penyediaan perkhidmatan. Hampir di kesemua negara, ada akta syarikat, undang-undang yang mengawal syarikat untuk memastikannya menjalankan perniagaan dengan cara yang betul. Umumnya, akta syarikat mendorong manusia yang mahu memulakan syarikat membuat permohonan formal. Jika permohonan diterima, syarikat akan didaftarkan di pejabat kerajaan. | UMUM | |
ARBITRAJ | Arbitraj ialah pembelian satu aset pada harga kurang nilai di satu pasaran dan penjualan aset tersebut pada harga lebih nilai di satu pasaran yang lain. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
MESIN DAFTAR TUNAI | Mesin daftar tunai ialah mesin yang merekod dan memaparkan amaun jualan. Kebanyakan mesin daftar tunai mempunyai laci untuk menyimpan wang tunai. Apabila juruwang merekodkan sesuatu jualan dalam mesin daftar tunai, harga pembelian tertera di jendela paparan di mesin tersebut. Mesin daftar tunai ini juga mencetak resit butiran yang mencatatkan rekod penjualan untuk kegunaan pelanggan. | UMUM | |
MINUIT, PETER | Minuit, Peter (1580–1638) ialah gabenor koloni Belanda. Dia membeli Pulau Manhattan (kini sebahagian daripada New York City) daripada Orang Asli Amerika pada tahun 1626 dengan barang kodi yang bernilai 60 guilder Belanda, atau kira-kira 24 dolar Amerika (lihat Pulau Manhattan). Pembelian ini menyebabkan terdirinya penempatan di pulau itu secara sah oleh Syarikat Hindia Barat Belanda. Minuit mendirikan New Amsterdam, sebuah penempatan di bahagian bawah pulau itu yang menjadi pusat aktiviti syarikat tersebut. Walaupun penduduknya dilindungi oleh air di tiga sisi, tetapi Minuit membina Fort Amsterdam sebagai perlindungan tambahan daripada Orang Asli Amerika yang bersikap bermusuhan. New Amsterdam ialah asas permulaan New York City. | UMUM | |
AL-MURABAHAH | Al-Murabahah ialah prinsip syariah yang digunakan dalam pembiayaan pembelian sesuatu aset atau barangan. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
MUZIUM NEGARA | MUZIUM NEGARA , muzium utama di Malaysia. Muzium negara berfungsi sebagai tempat menyimpan, memelihara, menyelamat dan mempamer khazanah warisan budaya negara. Koleksi yang dihimpun mempunyai unsur sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi yang diperoleh, sama ada melalui penyelidikan di lapangan, pembelian, hadiah, derma atau pinjaman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SETEM PERDAGANGAN | Setem perdagangan ialah premium atau bonus yang diberikan oleh peruncit kepada pembeli barangan yang membeli secara tunai. Setem ini dikumpulkan untuk ditukarkan dengan barangan lain ataupun untuk mendapatkan diskaun daripada barang dagangan peruncit tersebut. Syarikat setem perdagangan menjual setem itu kepada peruncit. Syarikat juga boleh menebus (menukar) setem tersebut untuk mendapatkan pelbagai barangan seperti perkakas, barangan rumah atau peralatan sukan. Kedai koperasi mungkin memberikan setem bagi setiap pembelian. Setem ini juga boleh ditukarkan untuk barangan lain di kedai koperasi. Ahli perniagaan Amerika, Thomas Sperry, menubuhkan syarikat setem perdagangan yang pertama pada tahun 1896. Walaupun penggunaan setem ini telah merosot, masih terdapat syarikat yang memberikan setem ini untuk meningkatkan hasil jualan. | UMUM | |