Probet. Apabila seseorang meninggal dunia, wasiatnya perlu diterima sebagai probet (untuk membuktikan wasiat itu tulen). Wasi si mati akan mengemukakan wasiatnya kepada mahkamah dan mahkamahlah yang akan mengendalikan wasiat dan harta pusakanya. Mahkamah ini dikenali sebagai mahkamah probet. Pihak wasi perlu mengemukakan wasiat dan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wasiat si mati benar. Wasiat hendaklah mendapat probet secepat mungkin selepas kematian orang yang membuat wasiat yang dikenali sebagai pewasiat. Selepas surat wasiat dikemukakan, mahkamah biasanya akan mengeluarkan pemberitahuan kepada waris-waris pewasiat yang sepatutnya mempunyai hak ke atas harta tersebut jika wasiat itu tidak dibuat. |