NEWMAN, PAUL | Newman, Paul (1925– ), pelakon lelaki Amerika, yang menjadi masyhur kerana lakonan aksinya dan kajian perwatakan yang meyakinkan dalam filem. Dia memegang peranan orang asing atau pemberontak dalam banyak filem lakonannya. Newman memenangi Academy Award pada tahun 1986 sebagai pelakon lelaki terbaik kerana lakonannya dalam The Color of Money . | UMUM | |
REPUBLIK ARAB BERSATU | Republik Arab Bersatu (U.A.R) ialah kesatuan dua buah negara Timur Tengah yang merdeka, iaitu Mesir dan Syria. Presiden Gamal Abdul Nasser dari Mesir dan Presiden Shukri al-Kuwatly dari Syria mengisytiharkan kesatuan ini pada 1 Februari 1958. Pemberontak Syria menamatkan kesatuan ini pada 29 September 1961, dengan menubuhkan kerajaan yang bebas bagi Syria. Mesir terus menggunakan nama Republik Arab Bersatu sehingga tahun 1971, apabila Mesir menukar nama rasminya kepada Republik Arab Mesir. Pada bulan April 1963, Mesir, Syria, dan Iraq bersetuju membentuk Republik Arab Bersatu yang baru. Tetapi, disebabkan perbezaan pendapat dan politik di kalangan negara tersebut, perjanjian ini tidak dapat dilaksanakan. | UMUM | |
PULAU PITCAIRN | Pulau Pitcairn ialah pulau kecil dan terpencil di Lautan Pasifik Selatan. Ia terletak di sebelah selatan Garisan Jadi, kira-kira 8000 kilometer di timur Australia . Untuk lokasi, liha t Kepulauan Pasifi k (peta). Pulau Pitcairn terkenal kerana menjadi tempat tinggal pemberontak kapal Tentera Laut Britain , Bounty . | UMUM | |
PLATH, SYLVIA | Plath, Sylvia (1932–1963) ialah penyair dan penulis fiksyen Amerika. Penulisannya menggambarkan pandangan yang bernas, sindiran yang tajam, dan mencetuskan perasaan sedih. Penulisannya amat bersimpati terhadap penderitaan kaum wanita, golongan muda, artis, orang yang sukar menyesuaikan diri, dan pemberontak. Walaupun dia meninggal dunia pada usia yang muda, dia dianggap sebagai salah seorang penulis Amerika yang paling berpengaruh sejak tahun 1940-an. | UMUM | |
PERANG VIETNAM | Perang Vietnam ialah konflik besar yang berlaku di Asia Tenggara. Perang itu bermula daripada perang saudara untuk menentukan kerajaan Vietnam. Ia akhirnya menjadi konflik antarabangsa yang besar, melibatkan Amerika Syarikat dalam peperangan yang paling lama pernah disertai oleh rakyat Amerika. Ia bermula pada tahun 1957 dan berakhir pada tahun 1975. Vietnam , sebuah negara kecil di Asia Tenggara, telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Vietnam Utara yang diperintah oleh kerajaan komunis dan Vietnam Selatan yang diperintah oleh kerajaan bukan komunis. Vietnam Utara dan pemberontak Vietnam Selatan yang dilatih oleh pihak komunis bertempur bersama-sama untuk menguasai Vietnam Selatan. Tentera Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan cuba menghalang mereka tetapi gagal. | UMUM | |
KARAENG GALESONG | KARAENG GALESONG, ( ? -1679), putera Sultan Hasanuddin (m.m. 1653-1669), Raja Makasar di Goa, Sulawesi. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia ialah anak raja pelarian Makasar yang terkenal pada abad ke-17 berikutan kekalahan Goa di tangan Arung Palakka pada tahhun 1669. Karaeng Galesong melarikan diri ke Sumbawa. Pada tahun 1673, selepas tinggal seketika di Jawa Timur, dia kembali ke Bali dan di sana dia diberi tanah. Karaeng Galesong dan pengikutnya akhirnya kembali ke Jawa Timur dan berkahwinn dengan anak saudara perempuan pemberontak Madura, Trunajaya pada tahun 1675 selepas Trunajaya menerima persetiaan yang dibuat kerana orang Makasar terkenal sebagai perajurit yang berani. Karaeng Galesong telah membantu Trunajaya dalam beberapa peperangan untuk menguasai kota di pesisir timur Jawa antara Gresik dan Surabaya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |