Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.ron.ta.kan]/ | ڤمبرونتقن

Definisi : perihal atau perbuatan memberontak (penentangan terhadap kerajaan dll): kerajaan mengenakan perintah berkurung akibat ~ itu; ~ menentang penindasan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.ron.ta.kan]/ | ڤمبرونتقن

Definisi : perbuatan menentang sesuatu kuasa yg sah; perbuatan melawan kerajaan dsb: Satu ~ yg besar telah berlaku di negara itu dlm tahun 1956. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemberontakan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMBERONTAKAN WISKI UMUM 
PEMBERONTAKAN WAT TYLER UMUM 
PEMBERONTAKAN SUNGAI MERAH UMUM 
PEMBERONTAKAN RUM UMUM 
PEMBERONTAKAN RAKYAT INDIA UMUM 
PEMBERONTAKAN CASTLE HILL UMUM 
PEMBERONTAKAN BOXER UMUM 
PERANG PETANI

Perang Petani merujuk kepada pemberontakan

petani Jerman terhadap golongan bangsawan pada

tahun 1524 dan tahun 1525. Ia merupakan

pemberontakan terbesar oleh petani dalam sejarah

negeri Jerman. Pemberontakan meletus pada akhir

tahun 1524 di Stuhlingen di kawasan Black Forest

dan pantas merebak ke utara. Kemudian seluruh

rakyat Jerman, kecuali di Bavaria menerima

kesannya. Para petani menyerbu istana kota dan

memaksa bangsawan untuk memenuhi tuntutan

mereka. Bendera mereka, yang dikenali sebagai

Bundschuh , diperbuat daripada kain berwarna

hitam, putih, dan merah dengan gambar kasut

petani.

UMUM 
SPARTACUS

Spartacus (? –71 S.M.) , memimpin satu

pemberontakan besar hamba abdi menentang

Empayar Rom. Pemberontakan tersebut

berlangsung dari tahun 73 S.M. hingga 71 S.M.

UMUM 
PEMBERONTAKAN BRUNEI

PEMBERONTAKAN Brunei,  peristiwa pemberontakan menentang kerajaan Brunei pada masa pemerintahan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien.  Peristiwa ini berlaku pada 8 Disember 1962 dan dicetuskan oleh Parti Rakyat Brunei (PRB).  PRB bertindak untuk membuat pembaharuan dalam sistem pemerintahan tradisi.  Ini selaras dengan matlamat PRB iaitu untuk mewujudkan kerajaan baharu yang dikenal sebagai Negara Kesatuan Kalimantan Utara (NKKU) yang terdiri daripada Sabah, Sarawak dan Brunei.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
12345

Kembali ke atas