| PEMBESARAN | | UMUM | |
| METAMORFOSIS | Metamorfosis ialah perkataan Yunani yang bermakna transformasi. Ahli biologi menggunakan perkataan ini untuk menjelaskan perubahan nyata pada bentuk dan rupa yang berlaku pada haiwan peringkat rendah antara fasa pembesaran dengan fasa dewasa. | UMUM | |
| PSIKOLOGI PERBANDINGAN | Psikologi perbandingan ialah kajian perbezaan dan persamaan dalam kelakuan haiwan yang berbeza spesiesnya. Ahli psikologi perbandingan mungkin menganalisis satu aktiviti sebagaimana ia berlaku pada banyak spesies. Misalnya, mereka mungkin meneliti pembesaran anak burung, paus, harimau dan haiwan lain. Mereka juga mungkin mengkaji pola lengkap kelakuan dua atau lebih spesies yang berkaitan. Misalnya, mereka mungkin membandingkan cara pemberian makanan, pengawanan dan aktiviti lain antara dua rodensia. | UMUM | |
| MIKROSKOP ELEKTRON | Mikroskop elektron ialah alat yang menggunakan alur elektron untuk membesarkan imej objek. Mikroskop elektron boleh membeza jelas (menghasilkan gambar yang terang) fitur yang jauh lebih kecil daripada yang dapat dilihat melalui mikroskop optik, yang menggunakan kanta dan cahaya nampak untuk membesarkan imej. Kuasa pembesaran yang hebat menjadikan mikroskop elektron sebagai alat utama penyelidikan dalam bidang biologi, kimia, perubatan, dan metalurgi. Ernst Ruska dan lain-lain ahli sains Jerman telah membina mikroskop elektron yang pertama pada tahun 1931. | UMUM | |
| DIET KANAK-KANAK | Diet kanak-kanak, makanan dan minuman yang sepatutnya diambil oleh kanak-kanak. Diet kanak-kanak penting kerana peringkat kanak-kanak merupakan peringkat pertumbuhan dan pembesaran. | PEMAKANAN | Kaedah |