Telford, Thomas (1757–1834) ialah jurutera awam Scotland yang terkenal kerana mempertingkatkan kaedah pembinaan jalan raya. Telford menggunakan batu rata yang besar bagi pembinaan tapak jalan raya dan kaedah ini dinamakan mengambil sempena namanya. Telford membina jambatan, terusan, pelabuhan, dan tali air. Dia membina jambatan tergantung Selat Menai yang menyambungkan Pulau Anglesey dengan tanah besar Kaunti Gwynedd di Wales, dan Terusan Ellesmere yang menyambungkan Sungai Mersey, Sungai Severn dan Sungai Dee di England. Dia juga membina Terusan Caledonian di Scotland. Dia lahir di Eskdale, Scotland. |