Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bi.na.sa] | ڤمبيناس

Definisi : orang (benda) yg membinasakan: kapal ~; tenaga ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bi.na.sa] | ڤمبيناس

Definisi : sesuatu atau orang yg membinasakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembinasa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAPAL PEMBINASA

Kapal pembinasa ialah sejenis kapal perang.

Tentera laut menggunakan kapal pembinasa ini

secara meluas untuk melindungi kapal perang yang

lebih besar, kapal amfibia dan juga kapal dagang

daripada serangan musuh.

UMUM 
KRUISER

Kruiser ialah kapal perang besar yang digunakan

untuk mengiringi kapal pengangkut kapal terbang

untuk operasi bebas dengan kapal pembinasa.

UMUM 
YARRA

Yarra ialah sekoci Australia yang diketuai oleh

Leftenan Komander R.W. Rankin. Semasa

mengiringi sebuah konvoi ke Australia, semasa

Perang Dunia II (1939–1945), ia bertembung dengan

tiga buah kruiser dan dua buah kapal pembinasa

Jepun di selatan pulau Jawa pada 4 Mac 1942.

UMUM 
SERPIHAN PELURU

Serpihan peluru ialah sejenis kelongsong

peluru meriam yang dicipta oleh Leftenan

(kemudiannya Leftenan Jeneral) Henry Shrapnel

(1761–1842). Kelongsong peluru ini mengandungi

sejumlah bebola dan serbuk peletup yang

memecahkan kelongsong peluru. Tentera

British menggunakan peluru pertama jenis ini di

Surinam pada tahun 1804. Semasa Perang Dunia I

(1914–1918), serpihan peluru ini dianggap peluru

pembinasa anggota yang paling boleh diharapkan

dan berkesan. Semenjak Perang Dunia II (1939–

1945), perkataan ini biasanya merujuk kepada

serpihan keluli pembalut kelongsong peluru

meriam yang dilontar melalui letupan, walaupun

sesetengah jenis kelongsong peluru yang dipenuhi

dengan serpihan keluli masih digunakan. Lihat juga

Meriam; Peluru.

UMUM 

Kembali ke atas