Ouagadougou (pend. 442 223) ialah ibu negara dan bandar yang terbesar di Republik Burkina Faso, Afrika Barat. Untuk lokasi, lihat Burkina Faso (peta politik). Bandar ini mempunyai daerah pusat yang moden dan banyak masjid. Istana Moro Naba, pemimpin tradisional penduduk Mossi di negara ini juga terletak di bandar tersebut. Ouagadougou mempunyai sebuah lapangan terbang, universiti, dan muzium kesenian Afrika. Industrinya termasuk pemprosesan makanan, pembotolan minuman, dan pengeluaran bahan binaan, dan tekstil. |